B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
di Majlis Santap sempena Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Republik Singapura
pada 27 Februari 2003.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Tuan Presiden, seperti selalu beta berdua amat berterima kasih atau sambutan hangat yang kami terima di Republik Singapura.

Ini kami terima dari segenap lapisan masyarakat awda di seluruh negara.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada awda sekalian.

Beta berasa amat dihormati berada di sini.

Beta sebagaimana juga rakyat beta yang melawat negara awda.

Kami datang atas beberapa tujuan.

Apa pun juga, sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, pada pendapat beta ada sesuatu yang paling penting.

Inilah kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan dan teman sejawat yang lama, berkongsi khabar, sambil menikmati persahabatan jiran-jiran yang baik dalam maksud yang sebenarnya.

Beta juga tidak terkecuali.

Beta mendapat penghormatan diundang ke negara ini bagi lawatan rasmi negara.

Tetapi yang pasti ianya lebih daripada hanya satu acara negara yang formal.

Bagi beta, ianya amat membahagiakan bertemu awda sekali lagi Tuan Presiden serta mendapat kesempatan menemui teman akrab yang juga rakan sejawat Perdana Menteri Goh Chok Tong.

Dan sudah tentunya, salah seorang rakan keluarga yang paling rapat, Menteri Kanan, Lee Kuan Yew.

Lawatan ini juga merupakan peluang yang amat dialu-alukan untuk disampaikan secara umum betapa kali ini mengagumi segala pencapaian rakyat awda.

Generasi beta masih jelas mengingati tahun-tahun di mana kedua-dua buah negara kita berusaha dengan sedaya upayanya untuk membangun semula penghidupan kita serta mengubah wilayah kita menjadi negara baru yang moden.

Bila beta mengingat kembali zaman remaja beta di Republik Singapura dan menyaksikan apa yang dinikmati oleh rakyat awda pada hari ini, beta berasa cukup kagum.

Beta mengucapkan tahniah dengan penuh tulus ikhlas.

Awda sendiri Tuan Presiden salah satu dari contoh yang banyak mengenai apa yang telah dicapai.

Dengan usaha yang keras, kerap kali bersendirian, awda telah menawarkan kerjaya yang penuh dedikasi untuk berkhidmat kepada negara awda: bagi pembangunannya dalam kerajaan dan urus niaga, dan juga keselamatan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Ini adalah kisah Republik Singapura dengan contoh yang unggul.

Melalui usaha awda dan juga para pemimpin yang lain, jumlah rakyat awda yang tidak terkira banyaknya kini memperolehi kesempatan untuk mengikut jejak langkah awda.

Bagaimanapun ianya bukan satu cerita peribadi.

Dalam semua usaha ini, rakyat Republik Singapura dan kerajaan mereka tidak hanya menumpukan perhatian mereka dalam pembangunan negara mereka sendiri.

Mereka telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada seluruh Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini kami di Negara Brunei Darussalam amat berterima kasih.

Para pemimpin awda telah mewujudkan suasana muhibah, persahabatan dan kerjasama.

Dalam banyak kesempatan kita mendapat faedah yang besar dari pengalaman dan kepakaran mereka.

Pada hari ini, dari dua buah negara yang berjuang separuh abad yang lalu, kita telah menjadi rakan kongsi yang kukuh dan moden, meraih harapan kita serta mencuba membantu di antara satu sama lain untuk merealisasikannya.

Kita melakukannya secara dua hala mahupun sebagai rakan koperatif dalam pelbagai badan serantau dan antarabangsa.

Kerjasama formal kita kini ke pelbagai bahagian perdagangan, pertahanan, kesihatan, pendidikan, teknologi dan kebudayaan.

Pada tahap yang lebih peribadi, kami sememangnya teman yang amat rapat.

Bagi kami, ianya adalah kesatuan yang penting.

Beta mengetahui bahawa masa depan akan menyaksikan ianya terus berkembang dari segi kekukuhan mahupun skopnya.

Meskipun terdapat beberapa masalah dan ketidakpastian, kita mengagih bersama rakan-rakan ASEAN kita dengan wawasan yang menarik sebuah Asia Tenggara baru yang dinamik.

Rantau yang kita bayangkan adalah sesuatu di mana berjuta-juta orang mendiaminya, akan bermastautin dalam aman dan stabil.

Ianya sesuatu di mana setiap keluarga dan setiap komuniti mempunyai peluang untuk mengembangkan bakatnya sendiri.

Ianya sesuatu tempat di mana kita semua akan menikmati kebudayaan, tradisi serta cara hidup di antara satu sama lain.

Yang pasti, situasi itu masih lagi yang dipanggil ASEAN suatu wawasan.

Kita telah memberikannya tarikh dalam jangka usia generasi masa kini.

Dalam sidang kemuncak para pemimpinnya yang lepas, kami menyeru bagi tindakan segera untuk melaksanakan pelbagai program dan projek yang dirancang.

Dalam hubungan ini, beta menghargai betapa Perdana Menteri Goh Chok Tong kerap menegaskannya.

Beta juga turut menyuarakan sama perkara ini.

Di seluruh rantau kita, ini adalah waktu untuk menjadi mantap, positif dan optimistik.

Kami menjalani tempoh yang amat berat, lebih-lebih lagi dari segi keselamatan serantau.

Namun demikian, Tuan Presiden menurut pengalaman yang dilalui, kebimbangan seperti itu bukanlah sesuatu yang baru bagi Asia Tenggara.

Kami telah menanganinya di masa lalu dan akan terus melakukannya.

Ianya merupakan tindakan yang tegas, kepakaran yang dikongsi sama serta kesungguhan bersama.

(c) Istana Nurul Iman