B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
di Upacara Pembukaan Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) Ke-39
di Empire Hotel and Country Club, Jerudong
pada 1 Mac 2004.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Tuan-tuan Yang Terutama, tuan-tuan dan puan-puan.

Adalah menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah persidangan majlis awda ini.

Beta mengucapkan selamat datang kepada semua anggota rantau kita dan semua tetamu kita dari negara-negara lain.

Rakyat Negara Brunei Darussalam melafazkan penghargaan setinggi-tingginya kepada awda semua atas sumbangan awda dan kerajaan awda yang diberikan bagi pendidikan di Asia Tenggara.

Beta berharap kita dapat menawarkan suasana persahabatan dan kerjasama yang cukup selesa dalam perbincangan awda yang penting dan berharga ini.

Selaku anggota Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara, sedikit masa lagi awda akan mengiktiraf tarikh penting dalam sejarah awda.

Tahun hadapan akan menandakan 40 tahun sejak SEAMEO pertama kali ditubuhkan.

Dalam tempoh tersebut, pertubuhan telah mencapai begitu banyak dalam misi awda untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama serantau di kalangan negara-negara anggota.

Awda telah memberikan kerajaan awda dan pertubuhan rantau awda dengan curahan gagasan yang mencabar dan memberangsangkan.

Awda kerap bertindak balas terhadap permintaan yang diberikan kepada awda dan tuntutan yang kerap dipohonkan, selaku pertubuhan pendidikan rantau kita yang unggul.

Di waktu yang sama, melalui pusat serantau dan rangkaian profesional yang ditubuhkan sejak bertahun-tahun, tindakan yang padu dan praktikal memang diperlukan dalam tugas awda.

Kesemua ini adalah rekod pencapaian yang baik juga sebagai satu sumbangan yang cemerlang kepada kerajaan pada keseluruhannya bagi setiap negara anggota dan kepada rantau kita pada keseluruhannya.

Beta ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pertubuhan ini atas pelbagai pencapaiannya.

Beta yakin bahawa tugas awda dalam persidangan ini akan terus membantu SEAMEO dalam semua usahanya untuk memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyat di Asia Tenggara.

Beta menyentuh mengenai 40 tahun kewujudan pertubuhan awda atas sebab yang tertentu.

Wawasan SEAMEO yang awda nyatakan menyentuh mengenai 'mengukuhkan persefahaman serantau'.

Beta berpendapat bahawa sejak penubuhannya pada 1965, tiada waktu yang lebih penting dari ini.

Hampir setiap mesyuarat yang dihadiri sejak dua atau tiga tahun yang lalu telah menumpukan kepada satu perkara utama.

Ianya persoalan keselamatan.

Di sini beta tidak hanya maksudkan kepada tindakan keganasan seperti kekejaman pengganas seperti yang telah kita alami.

Beta maksudkan 'keselamatan' dalam erti kata yang sebenarnya keselamatan yang menuntut lebih daripada hanya perlindungan fizikal dari tindakan jenayah fanatik dan pelampau. Keselamatan yang amat dituntut oleh rakyat biasa di negara rantau ini bagi kehidupan harian mereka.

Ianya adalah keselamatan dalam pekerjaan, kesihatan yang baik, kehidupan keluarga dan masyarakat yang memuaskan dan lebih-lebih lagi keselamatan dalam erti kata berupaya merancang masa depan seseorang dengan aman, stabil dan yakin, selaras dengan kepercayaan, nilai dan prinsip seseorang.

Pendek kata ianya berpunca dari memahami dunia di mana kita diami dan berupaya memenuhi tuntutannya.

Hal inilah yang mendapat ancaman pada hari ini.

Begitu ramai di antara rakyat kita terganggu oleh perkembangan yang moden.

Mereka merasakan tidak dapat mengendalikannya.

Sudah setentunya mereka dapat melihat begitu banyak kesempatan.

Tetapi dalam naluri mereka berasaskan bahawa 'mutu kehidupan' yang dimaksudkan dalam kenyataan wawasan mereka sendiri adalah tetap di luar pencapaian mereka.

Akibatnya kerapkali mereka berasa kecewa dan berputus asa malahan juga berasa berang.

Berbeza dengan tahun 1965, dunia sudah jauh berubah.

Sebahagian besarnya, ianya berubah dengan lebih baik.

Namun sebagaimana yang telah kita catatkan dalam setiap mesyuarat para pemimpin ASEAN, ianya juga adalah dunia yang benar-benar tidak terjamin.

Punca sebenarnya adalah keprihatinan mendalam bagi mereka yang bertugas dalam bidang pendidikan.

Mereka juga merupakan tumpuan bagi segala usaha serantau yang lain di mana kita semua perlu bekerja dengan rapat di antara satu sama lain demi untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun jua, masyarakat dunia globalisasi yang baru seperti mana-mana masyarakat lain seharusnya memperolehi budaya uniknya sendiri.

Budaya tersebut seharusnya berasaskan persefahaman, penyertaan dan toleransi.

Ianya juga seharusnya melibatkan penghargaan mendalam yang mengandungi kesemua budaya, latar belakang dan masyarakat lain.

Jika kita menghendaki keselamatan jangka panjang, abad ke-21 seharusnya menemukan budaya seumpama itu.

Ianya memang satu tugas yang sukar.

Pada ketika ini, agak menyedihkan seperti yang kita lihat di setiap benua, ianya masih merupakan konsep yang asing.

Yang pasti, ianya memang difahami.

Bagi setiap kita, pengembaraan dalam masyarakat global adalah satu pengalaman baru.

Kita semua berpindah- randah.

Tetapi seperti orang lain yang berpindah ke tempat yang baru, kita semestinya mempelajari bahasanya.

Kita seharusnya mendapatkan kemahirannya. Dan, di waktu yang sama, kita seharusnya mendapatkan tempat yang berkekalan bagi nilai dan warisan kerohanian kita sendiri.

Kesemua ini bermaksud agar ianya menjadi proses pembelajaran yang amat penting.

Setelah selesai ianya membolehkan kita hidup dengan aman dan bersefahaman dengan diri kita sendiri dan dengan jiran-jiran baru kita.

Proses ini menyentuh teras pendidikan.

Ianya sumber inspirasi tradisi bagi para profesional seperti awda sekalian.

Ianya bermula sejak setiap anak lelaki atau perempuan memasuki sistem yang awda tentukan dan kawal.

Ianya mengambil masa dari detik pertama dalam kelas tadika hinggalah kepada upacara istimewa seperti penyampaian ijazah, diploma dan anugerah.

Apa yang terjadi dalam tempoh tersebut sebahagian besarnya adalah keputusan awda selaku menteri.

Bagaimanakah pendidikan boleh memainkan peranan pentingnya bagi memastikan bahawa masyarakat kita di masa hadapan merupakan golongan yang akan berkembang maju pada abad ini?

Pada pendapat beta ianya merupakan tugas awda yang amat penting pada hari ini.

Anak-anak kita menerima maklumat teknologi, saintifik dan elektronik yang kian bertambah.

Namun dapatkah keputusan awda membantu mereka memperolehi toleransi dan penghormatan untuk orang lain?

Sejarah mengajar kita akan bahaya meninggalkan tugas ini dengan mengabaikannya atau kepada mereka yang mempunyai agenda yang berlainan daripada awda sendiri.

Justeru itu, beta percaya bahawa dengan menerimanya sebagai salah satu tanggungjawab utama dalam bidang pendidikan, adalah cabaran pendidikan paling hebat bagi rantau kita.

Untuk memenuhinya, kita di Asia Tenggara seharusnya beralih kepada kepakaran yang unggul dan terbukti yang telah diberikan oleh pertubuhan awda selama beberapa tahun ini.

Beta yakin kita dapat melakukannya dengan penuh keyakinan.

Kita sememangnya amat beruntung kerana adanya awda dan beta ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam perundingan awda dan kesemua tugas pertubuhan yang penting di masa hadapan.

Dan dengan kalimah, Bismillahir Rahmanir Rahim dengan ini beta dengan amat berbesar hati mengisytiharkan pembukaan Persidangan Majlis SEAMEO Ke-39 ini.

Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualikum Warahamatullahi Wabarakatuh.

(c) Istana Nurul Iman