B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


SABDA
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
di Mesyuarat OIC di Tehran, Iran
pada 28 - 31 Mei 2003.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

UCAPAN tahniah daripada saya kepada Tuan Yang Terutama Dr. Sayyed Kamal Kharrazi atas lantikan beliau selaku Pengerusi kami dan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta rakyat Iran atas sambutan hangat serta layanan mesra mereka.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Setiausaha Agung serta kakitangannya atas segala usaha mereka dalam membuat persiapan bagi persidangan ini.

Di waktu yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara Qatar atas kerja baik mereka selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC sejak tiga tahun yang lalu di mana saya juga ingin menyampaikan ucapan selamat sejahtera saya kepada rakan-rakan dan teman-teman sejawat kami di Malaysia, bilamana mereka menjadi hos sidang kemuncak selanjutnya akhir tahun ini.

Saya juga ingin menyertai teman-teman sejawat saya melafazkan perpaduan kami dengan rakyat Iraq. Kami berdoa semoga pembangunan semula negara mereka akan berjalan dengan aman selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 1483 di mana para pemimpin mereka akan mewakili rakyat mereka secepat yang mungkin.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada semua keluarga yang kehilangan kesayangan mereka dalam gempa bumi dahsyat yang berlaku bulan ini di Algeria.

Saya ingin memulakan kenyataan saya dengan menyampaikan penghargaan saya kepada Presiden Khatami atas ucapan pembukaannya. Ia jelas memperlihatkan kebimbangan yang amat sangat yang dirasai oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Negara Brunei Darussalam mengagih perasaan yang sama bukan hanya dengan anggota pertubuhan ini bahkan juga dengan rakan kongsi dalam setiap pertubuhan yang mereka anggotai.

Rasa bimbang tersebut bukan hanya melibatkan kejadian yang berlaku di Iraq. Ianya juga tertumpu kepada tindakan keganasan yang kejam yang berlaku beberapa minggu yang lalu. Kami bersama-sama setiap orang mengutuk keras perbuatan mereka. Kami ingin melafazkan takziah yang mendalam kepada rakyat negara-negara anggota Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Maghribi juga kepada kesemua mangsa kekejaman seumpama itu.

Keganasan masih menyuramkan suasana ehwal antarabangsa. Tuan Pengerusi, ini kelihatannya memberatkan kedudukan di rantau kita sendiri yang ditanggung oleh kesemua anggota ASEAN.

Kita telah mengambil tindakan bersama yang kukuh di mana kita menyokong kesemua usaha untuk memperkuatkan keselamatan di seluruh dunia. Namun demikian kita percaya seharusnya terdapat juga satu lagi komitmen yang sama kukuhnya. Ianya adalah untuk menghapuskan punca-punca sebenar keganasan.

Kita percaya bahawa terdapat satu perkara penting yang boleh memperlihatkan komitmen masyarakat antarabangsa terhadap tugas ini. Ianya adalah hasil segala usaha masa kini untuk mencapai kedamaian di Timur Tengah. Kita berpuas hati kerana alternatif politik terhadap keganasan kini boleh didapati di mana kita mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara Palestin kita atas sokongan sebulat suara mereka itu.

Negara Brunei Darussalam terus menghormati keutuhan Resolusi Majlis Keselamatan Mengenai Palestin. Justeru itu kita berharap agar gerakan semasa untuk mengaktifkan semula proses perdamaian menjadikan perkara itu sebagai objektif utama mereka. Jika demikian, kita memberikan sokongan sepenuhnya kepada rakyat Palestin serta para pemimpin mereka juga kepada semua anggota kuartet antarabangsa yang bertugas bersama-sama mereka.

Kita percaya tugas mereka pasti mempunyai satu-satunya hubungan yang terbesar bagi masa depan perjalanan ehwal antarabangsa. Ianya memberikan ujian yang awal lagi jelas cara bagaimana ianya dijalankan di masa depan. Ianya akan dimulai dengan menjawab pelbagai persoalan yang merisaukan kita pada ketika ini.

Ini ditujukan sebahagian besarnya kepada prinsip-prinsip yang telah membentuk dialog antarabangsa selama hampir 60 tahun, kesepakatan, membuat keputusan pelbagai hala serta tindakan kolektif.

Soalan praktikal yang menjadi persoalan ramai orang adalah amat serius sekali. Apakah peranan masa depan Bangsa-Bangsa Bersatu juga pertubuhan-pertubuhan serantau serta badan-badan antarabangsa yang besar seperti OIC.

Yang pasti adalah terlalu awal untuk diperkatakan, Tuan Pengerusi, namun pada ketika perasaan keliru dan kecewa melanda kalangan ramai orang yang kita wakili, penyelesaian yang saksama di Palestin akan mula memberikan harapan bahawa prinsip-prinsip pelbagai hala dapat diwujudkan. Penyelesaian sedemikian akan menumpukan perhatian terhadap asal usul sebenar punca di sebalik kekecewaan serta kebencian yang membawa tindakan keganasan.

Di waktu yang sama, ianya akan memperlihatkan setakat mana Bangsa-Bangsa Bersatu kekal dalam kedudukannya sebagai orang tengah dalam ehwal dunia dalam erti kata yang sebenarnya. Ini dapat mengesahkan bahawa 'multilateralisme' hanya satu-satunya cara untuk maju ke hadapan bagi penduduk dunia dan hanya satu-satunya cara untuk mencapai penyelesaian berkekalan terhadap punca-punca pergolakan.

Bagaimanapun setelah berkata demikian, Tuan Pengerusi, saya yakin bahawa masyarakat dunia dan kita sebagai anggotanya seharusnya dengan jujur menerima segala tanggungjawab kita.

Terdapat begitu banyak kelemahan dalam pendekatan berbilang hala terhadap ehwal dunia. Kebanyakan orang berputus asa kerana tidak sabar dan kecewa atas kelambatan dan ketidakberkesanan tindakan kolektif. Jika kita memujuk mereka untuk mengagih visi kita sebagai masyarakat antarabangsa yang koperatif yang memandang kepelbagaian manusia sebagai satu rahmat dan bukannya satu masalah, kita perlu memenuhi permintaan baru dunia hari ini.

Dengan kata lain, jika kita dapat memberikan alternatif terhadap tentangan keganasan, ataupun kembali kepada dunia yang terbahagi sepanjang perang dingin, perlulah adanya modenisasi dan reformasi.

Bangsa-Bangsa Bersatu telah memperdebatkan perkara ini selama bertahun-tahun. Terdapat kumpulan kerja yang berlarutan dan terbuka dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai topik ini. Sudah tiba masanya untuk menjadikannya lebih dari hanya kata-kata atas kertas.

Di waktu yang sama, pertubuhan kita sendiri seharusnya diperkukuhkan, diperbaharui serta dipergiatkan semula. Kerja yang baik telah dilakukan oleh kumpulan pakar antara kerajaan yang mengadakan pertemuan di Jeddah Disember lalu. Ini seharusnya dibawa ke hadapan dan diberikan tindakan yang praktikal.

Kita juga harus mengalu-alukan segala usaha untuk memperkukuhkan koordinasi di Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan Geneva.

Mungkin yang paling penting sekali kita perlu menggiatkan dialog dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain, sebagaimana yang telah dimulakan dalam Forum OIC-EU di Istanbul tahun lepas.

Kesemuanya ini, Tuan Pengerusi, menuntut perpaduan juga suara yang benar-benar bersatu. Suara tersebut hendaklah disampaikan kepada ummah yang kita wakili juga kepada seluruh masyarakat antarabangsa.

Sebenarnya hendaklah diakui bahawa terdapat begitu banyak masalah individu tetapi keyakinan yang kita agih sama hendaklah diperkukuhkan kerana penyelesaian hanya akan dapat diasaskan oleh negara-negara yang bekerja bersama-sama dengan menghapuskan punca sebenar segala kepahitan, kebencian dan pergolakan.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(c) Ministry of Foreign Affairs