B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahai

YAM Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sila giliran yang keempat Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai.

YB Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahai: Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Assalamualikum Warahmatuallahi Wabarkatuh. Bismillah Hirrahmanirahim, Yang Di-Pertuan apa yang akan saya perkatakan dalam ucapan saya yang ringkas ini, ialah mengenai perkembangan perniagaan di Negara ini, untuk mengujudkan suasana yang membolehkan perniagaan berkembang salah satu daripadanya ialah perlu ada pentadbiran yang lebih sempurna, atau labih affision mithalnya:

1. Pengeluaran lesen-lesen perlu dipercepatkan,

2. Pas-pas kerja iaitu lebour kota iaitu kebenaran pengambilan pekerja asing hendaklah diproseskan dengan cepat tetapi tidak menjejeskan peluang¬peluang kerja anak-anak tempatan,

3. Syarat-syarat tanah untuk tapak perindustrian perlu dikaji semula bagi membolehkan peniaga-peniaga menggunakannya dengan lebih mudah dengan mengeluarkan borang ataupun title mana yang boleh tertakluk kepada keadaannya,

4. Keputusan tender ataupun tawaran-tawaran Kerajaan perlu dipercepatkan, pada masa ini keputusan tender terlalu lama, kadang-kadang melebihi satu tahun. Mana-mana projek-projek yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5. Mengenai cukai, cukai perlu dikemas-kinikan, Air-port tax pada ini 30 pada pendapat saya ini adalah terlalu tinggi, perlu diturunkan. Cukai computer termasuk hard-ware dan soft-ware sudah di tiadakan ini adalah langkah yang bijak. Tetapi alat-alat ganti computer spare-part seperti moto, batteri cable, power suply dan lain-lainnya, nah disini dikenakan cukai. Pada pendapat saya ini perlu ditiadakan lagi.

Perkara-perkara yang saya-sebut tadi hanyalah sebagai contuh dan ada lagi yang lain-lain yang perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan, hubungan prosedure dan proses boleh diperbaiki lagi, dan disesuaikan mengikut peredaran masa terdapat perubahan-perubahan yang positif berlaku sejak tertubuh Majlis Ekonomi Negara Brunei Darussalam pada tahun 1998, yang mana saya sendiri adalah juga Ahlinya.

Perkara-perkara ini buka sahaja untuk menggalakan peniaga-peniaga tempatan, malah juga peniaga-peniaga ataupun pelabur-pelabur dari luar berniaga dinegara ini. Dalam hal ini walaupun kita menggalakkan peniaga ataupun pelabur luar dalam hak-hak keistimewaan peniaga bumiputera perlu dilindungi kontrak-kontrak pembekal bumiputera dan projek kerajaan, Syarikat Minyak Shell perlu di lindungi dalam dunia perniagaan yang tidak bersempadan ini. Hak yang saya sebutkan tadi perlu dipelihara, perlu di lindungi apabila suasana dan keadaan peredaran berkembang untuk maju, peluang pekerjaan anak-anak tempatan akan bertambah dan dengan ini mengurangkan pengangguran. Pengangguran merupakan perkara yang serius seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat baru-baru ini tadi.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, berapa lama lagi sekarang, sudah sampai 10 minit, jadi saya kira-kira berapa lama lagi Ahli Yang Berhormat?

YB Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahai: Tidak sampai lagi dua minit.

YAM Yang Di-Pertua: Silakan.

YB Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahai: Pengangguran merupakan perkara yang serius, tidak ada didapati graduan-garaduan tidak mendapat pekerjaan. Sekian wabillhit taufik Walhidayah Wasallamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih

(c) Dewan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat