B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara (Dr.) Haji Mohd Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim

YAM Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tibalah gilirannya Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara (Dr.) Haji Mohd Yusuf.

YAM Pengiran Setia Negara (Dr.) Haji Mohd Yusuf Bin Pengiran Haji Abdul Rahim: Terima kasih Yang Dipertua Dewan. Sepanjang saya dapat ikuti segala ucapan-ucapan yang telah dilepas adalah daripada orang-orang yang dilantik sahaja. Ini barangkali saya percaya maksudnya supaya tiap-tiap sebelah sana akan mengambil perhatian yang sempurna. Dengarkan apa yang dinyatakan Ahli-Ahli Yang Dilantik, ini adalah perkara-perkara yang sudah memang terjadi daripada masa ini hanya barangkali menjadi perhatian kerajaan. Jadi saya berharap Yang Dipertuan Dewan, pemerintah atau kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan akan mengambil perhatian yang sempurna atas teguran-teguran yang telah dilafazkan setiap Ahli-Ahli Yang Dilantik hanya dalam perkara ini.

Saya tidak ada mempunyai perkara-perkara yang agenda tertentu dan berapa banyak perkara yang telah dilafazkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ada yang menyentuh bahagian apa namanya tanah-tanah kerajaan dan kemudahan-kemudahan yang lain, ada yang menyentuh hal-hal yang apanya memaju segala-segala apa yang dibuat oleh pegawai-pegawai ataupun Ahli-Ahli Pendengar di sini banyak yang menjadi apa namanya kesulitan kepada mereka dan banyaklah perkara-perkara lain dan nampaknya saya simpati dengan apa yang mereka nyatakan itu.

Mudah-mudahan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sama ada dari segi pemerintah akan memberi perhatian yang cukup sempurna. Ingatlah bahawa kita sebagai Ahli-ahli di sini sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah menjadi contoh yang menunjukkan masyarakat Brunei adalah cukup memahami serta menghargai ciri-ciri bernegara dan ciri-ciri istimewa dalam sistem kerajaan yang sentiasa mengutamakan dan mengamalkan muafakat, mengutamakan kepentingan bersama lebih daripada kepentingan sendiri. Ini barangkali saya percaya, bak kata orang "Siapa yang makan lada dia merasa pedas" terutama sekali sebagaimana yang saya dapat ceritakan tadi, kepada pegawai-pegawai kerajaan yang sedang menjalankan tugasnya hendaklah jangan mementingkan kepada perkara diri sendiri, bekerjalah dengan ikhlas, dan jangan barangkali banyak, barangkali tidak ada,.

Sungguhpun tidak ada yang menyentuh segala rasuah dan lain-lainnya tetapi ini menjadi satu penyakit yang berjangkit kalau ini diamalkan dan tidak mendapat perhatian yang sempurna. Jadi kita di sini sebagaimana yang diharap-harapkan sebagai satu institusi yang dihormati dan menghormati akan menjadi satu cabaran yang merupakan kita tidak endahkan kewajipan kita.

Dengan ini Yang Di-Pertua Dewan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli yang telah memberi pandangan-pandangan mereka di majlis ini. Dan harapan saya Yang Dipertua Dewan, semoga apa jua teguran-teguran yang telah pun disampaikan oleh mereka akan dapat menjadi perhatian yang tegas terutama sekali pegawai-pegawai yang bertugas. Permohonan-permohonan jangan dilambat-lambatkan, jangan ada lagi menunjukkan ada lagi ejen yang lain, banyak begitu perkara yang lain. Jadi saya tidak ingin menyentuh dalam perkara itu saja.

Segala apa jua sindiran-sindiran yang terdengar kepada kita, mudah-mudahan ini akan dapat ditutup dan tidak dilakukan lagi oleh orang-orang yang tidak bertangungjawab. Jadi, sungguhpun banyak lagi yang lain, saya hanya dibenarkan dalam 10 minit saja, kalau nak itu barangkali tidaklah mustahak saya untuk memberi pandangan saya sendiri sebab saya rasa cukuplah apa yang telah diberi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah orang-orang Yang Dilantik di sini sebab saya percaya pihak-pihak orang yang bertanggunjawab akan sentiasa mengambil perhatian dan harus barangkali mereka akan memberi penjelasan yang jelas segala apa yang telah dijelaskan.

Yang Di-Pertuan Dewan, ada banyak lagi perkara-perkara yang benar, yang mustahak, yang kita rundingkan selain daripada hal yang remeh-temeh di sini. Dan mudah-mudahan dengan apa peringatan kita mengingati bahawa kita di sini adalah menjadi contoh untuk mengeratkan. Baginda Duli Yang Maha Mulia dan kerajaannya dengan rakyat supaya apa yang telah terjadi tidak akan terjadi pada masa yang akan datang.

Sekian dulu Yang Di-Pertua Dewan, dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Harapan saya kalau harapan saya ini menyentuh pada orang-orang yang terkena siapa yang termakan padi dia yang terasa pedas. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat