B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Momin bin Pengiran Othman

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang gilirannya kepada Yang Berhormat Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Momin bin Pengiran Othman.

YAM Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin Bin Pengiran Othman: Yang Di-Pertua Dewan, majlis terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat segala isi apa yang akan tadi saya perkatakan di sini semuanya meliputi apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pengiran Momin hanya satu perkara saja yang akan dibincangkan di sini mengenai dengan persekolahan anak kecil saya ingin memperkatakan mengenai dengan persekolahan anak-anak yang tidak dapat duduk dibangku sekolah sebab cara hidup ibubapa tidak terdaya upaya untuk menghantar anak-anaknya kebangku sekolah ini adalah disebabkan keadaan ibubapa keadaan hidup ibubapa yang tidak dapat membolehkan pergi ke sekolah.

Yang Di-Pertua Majlis saya berharap perkara ini patutlah dipertimbangkan agar anak-anak yang saya sebutkan tadi dapat ikut sama dengan anak-anak yang ibubapa terdaya duduk bersama-sama dibangku sekolah saya tidak mengetahui apa sebabnya ibubapa tidak dapat menghantar anak-anaknya ke sekolah dan tidak dapat mengira betulkah atau tidak betul ibubapanya dapat membelanjai anak-anak itu kalaulah kita biarkan anak-anak ini tidak diberi pelajaran tidak diasuh maka mungkin menjadi anak-anak terbiar, anak-anak ditepi jalan ini adalah satu tanggungjawab nanti di masa yang akan datang akan menjadi orang yang tidak berayah tidak berilmu dan tidak mempunyai akhlak yang tidak baik dari itu saya berpendapat patutlah kita kerajaan pertimbangkan agar anak-anak yang tidak dapat bersekolah yang dipelihara oleh ibubapa yang tidak mencukupi sara hidupnya berikan bantuan agar anak-anak tadi sama sebaya dengan orang yang anak-anaknya bersekolah kalau sekiranya tidak beri sekolah tidak beri pelajaran.

Sepertimana yang saya katakan tadi adalah tanggungjawab nanti oleh kerajaan dari itu diharapkan anak-anak itu kits berikan is persekolahan mungkin anak-anak lebih pandai daripada yang ada dibangku sekolah jikalau is dididik dengan sempurna dan diberi akhlak yang balk satu misal ada sebuah sekolah murid-murid yang tidak dapat menyambung pelajarannya apabila ditanya apa sebab ibubapa saya tidak terdaya tetapi saya mahu bersekolah nah kemahuan inilah patut kita hulurkan atu ya mungkin is menjadi seorang yang lebih balk daripada kita akan datang demikianlah Yang Di-Pertua mengenai perkara persekolahan dan Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat