B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pengiran Dato Paduka Haji Maidin bin Pengiran Haji Hashim

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, sila.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Di-Pertua Majlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyusuli beberapa perkara atau isu yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian pada pagi tadi. Pertama ialah berkaitan dengan isu Lembaga Tawaran Negara dalam mana salah seorang Ahli Yang Berhormat telah menyatakan bahawa terdapat kelambatan-kelambatan dalam meluluskan tawaran-tawaran pihak Kerajaan. Untuk makluman semua pihak, setiap tahun dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 5 orang Ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan dilantik untuk menganggotai Lembaga Tawaran Negara bagi tempoh satu tahun. Mereka ini memegang tanggungjawab yang sungguh besar, mereka ini telah diamanahkan untuk menangani...

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, masalah itu ada sudah dalam gazzatte kerajaan, mereka-mereka yang menjadi Ahli tidak payah lagi diterangkan lagi disini, yang pentingnya apa yang keraguan itu, siia jawab sahaja.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Terima kasih Yang Di-Pertua, ini bererti bahawa perlu diterangkan disini mengenai dengan Tekad Pemedulian Orang Ramai. Masa ini Lembaga Tawaran Negara memberi tempoh kepada Jabatan-jabatan Kerajaan untuk memperoses atau menilai tawaran-tawaran tidak Iebih daripada 12 bulan dan selanjutnya dalam tempoh 14 hari pihak Tawaran Negara akan menimbangkan tawaran-tawaran yang telah dihadapkan dan bagi tempoh selanjutnya 11 hari ialah peringkat pertimbangan dan jugs peringkat approval, persetujuan. Yang mana adalah tidaklah seperti tempoh yang disebutkan tadi iaitu sehingga mencapai satu tahun. Untuk makluman juga Ahli-Ahli LTN perlu meneliti tawaran-tawaran berasaskan kepada tatacara yang telah di guna pakai misalnya specification, bagi tawaran-tawaran.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, sebenarnya semua yang diaturkan adalah peraturan Kerajaan sendiri, jadi saya fikir indalah payah didetail-kan disini.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Terima kasih, barangkali perlu juga saya menerangkan tatacara secara rengkas, tadi saya telah menerangkan pasal sepecification yangmana perlu dipenuhi, kedua harga yang dipilih, mestilah harga yang berpatutan dan terendah yang menjimatkan kepada Kerajaan. Dan Ketiga peruntukan yang disediakan mestilah ada, dan juga satu perkara yang penting juga ialah masa ini Jabatan-Jabatan Kerajaan dibenarkan untuk menimbangkan tawaran-tawaran yang berharga 25 ribu kebawah dan mana-mana yang berharga 25 ribu keatas dihadapkan kepada LTN.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, adalah mengikut Surat Keliling Setiausaha Kerajaaan sudah ada jadi inda payah dijelaskan tu.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Terima kasih, sekarang saya beredar kepada isu insuran, tadi ada di perkatakan mengenai isu insuran untuk makluman perkara ini masih lagi sedang dikemaskinikan oleh pihak yang tertentu kerana ianya satu deraf yang penting yang perlu diteliti dengan sebaik-baiknya bagi kepentingan semua bagi melindungi pihak-pihak yang tertentu.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, memadilah sekiranya Ahli Yang Berhormat akan melihat perkembangan-perkembangan yang di suarakan pembengkang tadi menjawab dengan sebaik-baiknya, sekiranya peraturan-peraturan itu kurang ke arah membawa kebaikan. Begitulah kehendaknya tak usah dengan detail.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Terima kasih, tujuan intervention ini adalah untuk menerangkan status dan kedudukan. Terima Kasih. Perkara ketiga yang ingin saya terangkan disini ialah mengenai dengan isu peralatan computer yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahii Yang Berhormat tadi, beliau mengatakan bahawa computer telah ditiadakan cukai import, sedangkan alat-alat computer masih lagi dikenakan cukai berkenaan, penerangan yang dapat saya berikan disini ialah disebabkan oleh perkara-perkara teknikal, saya di fahamkan bahawa barang-barang komputer ini boleh di gunakan bagi peralatan-peralatan lain misalnya radio, VCD player atau CD player, dan jugs perkara ini adalah menurut tatacara dan praktis antarabangsa.

Perkara selanjutnya mengenai dengan pencen TAP yang telah di introduced mulai dari tahun 1993 bagi menggantikan skim pencen. Skim pencen seperti yang di maklumi melibatkan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaaan yang sungguh tinggi ertinya untuk mengatasi isu perbelanjaan yang besar maka kerajaan telah mengadakan skimTAP ini atau Konfiden Fund bertujuan untuk melindungi employee atau pekerja-pekerja di syarikat-syarikat swasta yang bentuk kecil dan sedehana. Unlike sebelum 1993, pekerja-pekerja disyarikat-syarikat kecil sedemikian mereka tidak mempunyai skim-skim perlindungan sedemikian. Akan tetapi dengan adanya TAP mereka sekarang dapat menikmati setelah mereka retiring dapat menikmat skim TAP yang boleh mengadakan peruntukan kewangan yang mencukupi. Isu sekarang ialah untuk meneliti caruman-caruman yang mana pada masa ini 5% sehaja pihak employer dan 5% dipihak employee. Itu saja penerangan saya mengenai dengan isu-isu pencen. Mengenai dengan insuran perkara ini masih dalam penelitian pihak-pihak yang tertentu dan akan dikemas kinikan. Perkara terakhir yang ingin saya timbulkan disini ialah mengenai dengan isu pengangguran. Seperti mana kita sendiri sekian maklum bahawa di mana-mana Negara pun pengangguran mesti ada....

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, perkara pengangguran ani sudah dua kali oleh dua ahli disini inda payah lagi dijelaskan. Kalau ada sebelah kanan memberi penerangan inda payah diulangi lagi....

YB Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim: Saya maklum tapi saya ingin memberi cadangan penelitian semua pihak ..

(c) Dewan Majlis Mesyuarat