B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pengiran Dato Paduka Haji Damit bin Pengiran Haji Sunggoh

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang edaran YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit Sunggoh.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit: Assalam mualaikum warahmatulahi wabarkatu,, syhukur alhamdulillah dalam agenda yang terakhir iaitu agenda yang ke tujuh iaitu ucapan-ucapan penaguhan Mesyuarat Pertama dari Musim Pemesyuaratan Pertama tahun 2004 Negara Brunei Darussalam yang adakan pagi ini. Saya telah diberi kesempatan untuk mengutarakan sedikit sebanyak pendapat di Dewan ini berhubung dengan pengganguran terkini di Brunei . Yang Di-Pertua Dewan perkara ini telah pun banyak disentuh oleh Ahli Yang Berhormat yang terdahulu maka bagi pihak saya sebanyak sedikit telah pun banyak di sentuh itu belum dapat diutarakan maka mudah-mudahan yang saya akan datang ini dapat di dengar oleh Ahli-Ahli majlis ini.

Yang Di-Pertua Dewan di Negara Brunei Darussalam ini dari setahun kesetahun bertambah. Berkembangnya iaitu dari belia-belia atau penuntut-penuntut daripada sekolah-sekolah. Penuntut daripada lepas tinggi dan menengah sudah hampir menjangkau ribuan orang setiap tahun atau lebih. Penuntut-penuntut tambah lagi yang gagal di dalam sekolahnya. Penuntut-penuntut yang lepasan daripada UBD, Kerajaann sendiri tidak dapat melayan sepenuhnya atau memberi pekerjaan hanya sebahagian kecil saja dan sebahagiannya menjadi penganggur atau menganggur sementara menunggu kerja untuknya. Yang Di-Pertua, jika penganggur ini bertambah terus menerus tidak ada usaha untuk menghalang pengurusannya kita khuatir akan mendatangkan gejala-gejala yang tidak sihat. Gejala serius yang tidak di ingini seperti yang telah berlaku lain negeri seperti di Negara tetangga kita.

Yang Di-Pertua, saya memohon memberikan contoh dari Negara-Negara jiran, di dapati di Negara jiran. Kita dapat di Negara, kita lihat daripada TV, kita dengar daripada radio, kita boleh baca daripada surat-surat khabar, tiap hari jenayah berlaku yang dilakukan oleh penganguran, penipuan, pencurian rompakan bahkan pembunuhan.

YAM Yang Di-Pertua: Perkara itu tidak payah kita ketengahkan disini, perkara-perkara yang tidak baik, Brunei insyha Allah kita mempunyai welfare.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit: Saya hanya membayangkan sebagai chontoh di negeri jiran.

YAM Yang Di-Pertua: Jangan terlampau yang bukan-bukan.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit: Dan di Negeri kita tidak berlaku dan tidak akan berlaku. Selain daripada itu Yang Di-Pertua Dewan untuk mengurangkan sedikit demi sedikit pengangguran ini kerajaan harus tegas untuk menjalankan usaha bagi mengurankannya, ada bahasa menyebutkan buruh tapi sekarang bahagian pengangguran. Mengurangkan buruh kedai, sebab apa Ahli Yang Berhormat buruh kedai di Brunei ini lebih daripada ribuan orang yang dapat diambil alih oleh penggangur tempatan kita.

Jadi mengurangkan kemasukan buruh kedai, jadi perkataan buruh kedai tidak dapat dipisahkan. Manakala berhenti dari buruh bererti is penggangur. Masuk bekerja is sebagai buruh iaitu buruh dan pengangguran tidak dapat dipisahkan. Yang Di-Pertua Dewan sekarang ini saya hanya menghalakan kepada pendatang dari luar negeri yangmana saya sifatkan pendatang¬pendatang ini merampas hak kits, merampas hak anak-akan tempatan. laitu kerajaan harus bertegas mengurangkan melalui Jabatan-Jabatan seperti Imigresen. Semalam saya berkesempatan berjalan-jalan melawat kedai-kedai runcit yang melibatkan buruh yang harus dimiliki diambil oleh orang-orang tempatan.

YAM Yang Di-Pertua: Tidak Iebih dari 10 minit sepertimana yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat mengemukakan ucapan-ucapan penangguhan, jadi sekarang Iebih 10 minit, berapa lama Ahli Yang Berhormat.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit: Menambah sedikit lagi Yang Di-Pertua, jadi saya dapati ada satu kedai dan banyak beberapa buah kedai merata-rata di negeri Brunei sekarang ini adalah dimiliki oleh hampir diboloti oleh orang-orang India di kedai-kedai kampong jadi saya dapat melawat tiga buah kedai saya dapati semua orang India, satu kedai buruhnya 10 orang India dan satu orang tempatan sahaja perempuan 2 orang Indonesia dan 7 orang India, dan satu lagi tempat 5 orang semua orang India jadi tidak kurang saya rasa ribuan orang-orang buruh-buruh India bukan buruh¬buruh, buruh kedai India yang ada di Brunei yang harus diambil oleh penggangur-anggur kita yang ada to orang-orang India tidak mahu mengambil orang tempatan macam-macam alasan.

Yang Di-Pertua orang Brunei kitani pemalas jangan disebut orang Brunei, saya kenal orang Brunei pemalas melawan sebab apa boleh jadi ada, boleh ada sebenarnya barangkali Yang Di-Pertua orang boleh melawan kerana kadang-kadang timbal apa namanya gaji yang diberi dengan anak tempatan dengan orang yang didatangkan pada pandangan lahiriah kita tinggi misalnya bila saya teliti $300 bagi orang tempatan $250 orang luar yang didatangkan dari luar negara setelah saya kira orang yang didatangkan rumah ditanggung makan diberi transport diberi mendatangkan kemari urusan mendatangkan ke negeri Brunei lagi jadi orang tempatan diberi 300 ke 250 tapi makan sendiri, transport sendiri, rumah juga sendiri.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli sudah melebihi 5 minit daripada yang dibenarkan kerana kita akan memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat lain untuk mengemukan.

YB Pengiran Dato Paduka Haji Damit: Terima kasih Yang Di-Pertua Dewan mudah-mudahan sebanyak sedikit yang saya berikan di majlis ini dapat diambil untuk menjadi perhatian dewan untuk memperbaiki pengangguran-pengangguran di Negara Brunei kita ini yang bertambah dari setahun ke setahun. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat