B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib

YB Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Rahman: Terima kasih Yang Di-Pertua Majlis, terlebih dahulu peramba ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang secara tegas dan lantang menyuarakan beberapa perkara yangmana perkara-perkara itu adalah sebenarnya perkara-perkara yang diminati oleh orang ramai dan ada juga diantara Ahli-Ahli Yang Berhormat nampaknya memikirkan perkara-perkara yang dikemukakan dengan mendalam sehingga telah pun dapat menyuarakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi itu.

Pada pendapat saya Yang Di-Pertua Majlis, ini adalah satu pertanda yang baik dimana lantikan Ahli-Ahli yang sebegini rupa yang mempunyai kalibar yang tinggi bukan alang-alang orang yang diantik dihadapan Yang Di-Pertua Majlis diantaranya ialah bekas-bekas orang pegawai kerajaan dan juga orang-orang yang professional peniaga-peniaga yang termuka. Jadi adalah harapan mereka saya percaya apa yang disuarakan mereka akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak disbelah kerajaan dan says sendiri sekali lagi mengambil setinggi terima kasih kepada mereka atas teguran yang dikemukakan.

Pada pendapat saya soal tanggungjawab ini adalah proses dua hala dan saya penuh berharap semua proses dua hala ini akan dapat diteruskan supaya kita akan dapat diteruskan supaya kita akan dapat menimbulkan sebagaimana yang dihasrakan majlis yang benar-benar bertanggungjawab yang boleh menjadi modal yang dapat diikuti oleh orang-orang sesudah kitani. Proses dua hala ini adalah sangat pedih. Disebelah sini adalah orang yang diamanatkan oleh kerajaan untuk menjalankan tugas masing masing sesuai dengan areanya kepentaingnya dan orang di sebelah kanan diharapkan terus menegurkan tetapi jangan diharapkan tidak hanya menegur.

Oleh sebab kalau kita terus tegur-menegur tidak ada implimentasi akan dapat dibuat. Adalah harapkan supaya pihak yang menegur tadi adakan dapat menelit perkara itu jua. Pihak yang berkenaan supaya kita sama-sama akan dapat mencapai sasaran-sasaran yang kita tuju. Yang Di-Pertua Dewan saya ingin mengambil dua perkara saja apa yang ditegur tadi. Yang pertama ialah dunia koprat dan pertumbuhan apa yang dikatakan sebagai SME, sememangnya dunia koprat adalah sangat penting bagi perkembangan Negara Brunei Darussalam diwaktu yang akan datang disebabkan kemakmurannya adalah terletak pada kebolehannya menimbulkan ahli-ahli peniaga yang terkemuka yang boleh memainkan peranannya sebagai pengerak ekonomi Negara ini.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sudah pun mengambil tindakan-tindakan yang tegas untuk menimbulkan manusia-manusia ini dan mengambil Iangkah-Iangkah yang sesuai untuk menimbulkan pula bukan saja manusia-manusianya tetapi juga arena-arenanya dimana mereka dapat berkembang maju. Jadi disini adalah harapan saya sebagai Menteri yang bertanggung jawab mengenai dengan perkembagan industri dan perdagangan supaya kedaua belah pihak ini akan berkerja sama supaya Kementerian says supaya akan dapat bekerjasama dan sokongan supaya pihak peniaga sendiri dapat menyuarakan apa yang dikehendaki oleh mereka.

Satu lagi perkara yang ditimbulkan yang cuba untuk dijawab oleh rakan disebelah sini. Tender ini bukan satu perkara yang ditmbulkan yang cuba untuk dijawab oleh disebelah sini. Tender ini sebenar tiap satu kerajaan ialah sebenarnya bukan satu perkara yang baru dan setiap kerajaan mempunyui proses tendernya sendiri, bahawa is akan menentukan bahawa kerja-kerja yang dikeiuarkan oleh kerajaan akan dapat dipertimbangkan dengan penuh bertanggungjawab dan tidak berat sebelah dengan mana-mana pihak.

Kali memang terdapat tender-tender yang agak lama mengambil masa tapi setentunya apa yang cuba diterangkan oleh rakan saya tadi ini adalah bukanlah satu perkara yang biasa barangkali di luar kebiasaan. Bagaimanapun cara kita untuk mengusahakan sesuatu perkara itu secepatnya yang boleh setentunyalah kita berhadapan dengan keadaan-keadaan bila mana kepincangan-kepincangan berlaku untuk mengelakkan perkara sedemikian ini berlaku maka Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa melihat dirinya sendiri sebabkan kerajaan mempunyai machinery-machinery sendiri dan tender board. Kerajaan mempunyai Jabatan Audit Kerajaan mempunyai ah... apa namanya Jabatan Biro Mencegah Rasuah dan Jabatan-Jabatan lain yang melaksanakan tugas mereka masing-masing demikianlah Yang Di-Pertua Majlis saya tidak akan berpanjang lebar lagi hanya untuk menekankan sekali supaya kita sama-sama bertanggungjawab dan kedua proses dua hala ini dapat dilancarkan kepentingan rakyat Negara kita.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat