B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Seruddin

YB Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utarna Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain: Saya hanya akan menyentuh satu perkara mengenai dengan masalah persekolahan kanak-kanak yang saya dengar tadi, bahawa ada ibubapa yang susah yang tidak terdaya menghantar anak-anaknya ke sekolah dan mereka perlu diberi bantuan. Saya akan menyatakan bahawasanya Majlis Ugama mempunyai peruntukan kumpulan wang zakat diantara tujuan zakat itu ialah memberi orang miskin kerana hak mereka didalam zakat. Oleh yang demikian jika terdapat perkara-perkara yang sedemikian, orang-orang yang didalam kategori miskin termasuklah ibubapa yang tidak terdaya untuk menghantar anak-anaknya belajar ke sekolah kerana kepapa-papaan mereka kerana kemiskininan mereka, mereka boleh lah menghubungi Setiausaha Majlis Ugama Islam supaya perhubungannya itu kenyatan-kenyatan yang ada di berikan untuk disiasat dan ditimbangkan. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat