B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah

YAM Yang Di-Pertua: Syukur Alhamdulillah, kita telah menikmati sebentar tadi jamuan, sekarang marilah kita mulai persidangan sepertimana dikata selepas 15 minit kita tangguhkan kita bersidang semula silakan sebelah sana.

YB Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair: Bismillahirahman nir rahim,. Assalammu alaikum warahmatullahi wabarkatuh, Yang dipertuan Dewan yang pertama-tama saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berucap dan memberikan ulasan-ulasan kepada beberapa perkara yang diujahkan dan dibentangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Pada keseluruhannya Yang Di-Pertua dewan merupakan perkara yang releven kearah pembangunan Negara dan ada juga mengujudkan kesejehteraan dan ketenteraman di Negara Brunei Darssalam, dan dalam hal ini Yang Di-Pertua dewan saya sukacita merujuk kepada perkara yang yang ditimbulkan kepada Yang Berhormat mengenai dengan pegeluaran lesen, kebenaran masuk ataupun entry permit, yang berhubungkait dengan kad pengenalan merah di Negara Brunei Darussalam,

Yang Di-Pertua dewan memang terdapat garis-garis pandu pengeluaran kad merah pada mereka yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam. Ini adalah selaras dengan Bab 10 akta Imigersen dalam mana kuasa diberikan kepada Controller ataupun Penguasa Imigresen dalam memberikan pas-pas berkenaan dengan mengikut guideline-guideline atau garis pandu-garis pandu yang telah ditetapkan sejak tahun 1953.

Walau bagimanapun Yang Berhormat, Yang dipertua dewan dalam melaksanakan bidang tugas Pengawal Imigresen dalam melaksanakan garis pandu itu beliau juga menggunakan bidang kuasanya dari segi kesesuaian sesorang pemohon itu untuk dikeluarkan dengan kad i.c merah.

Jadi pada kesimpulannya Yang dipertuan dewan terdapat garis pandu-garis pandu yang diikuti dalam mengeluarkan kad pengenalan merah di Negara Brunei Darussalam ini termasuk kepada mereka iaitu pendatang-pendatang asing yang bermastautin atau menetap di Negara Brunei Darussalam. Dan sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat Yang Di-Pertua dewan, adalah amat perlu bagi pengeluaran kad pengenalan merah itu dikawal dengan sesempurana-sempurnanya bagi menjaga kepentingan Negara.

Dan menyentuh mengenai dengan lesen rampaian Yang Di-Pertua Dewan, yang sebenarnya pihak Kerajaan adalah menyedari pada masalah yang dihadapi oleh orang ramai terutama sekali mereka yang ingin menjalankan perusahaan-perusahaan yang dikawal oleh dibawah lesen rampaian, dan perkara ini setelahpun dibincangkan dalam forum perjumpaan Setiausaha-Setiausaha Tetap Yang Di-Pertua Dewan, dan dalam membincangkan mengenai dengan pengeluaran lesen-lesen rampaian.

Yang Di-Pertua dewan disamping kita melihat akan perlunya lesen-lesen rampaian tesebut dikeluarkan dengan seberapa segera dan cepat supaya tidak menjejaskan perniagaan-perniagaan ataupun perusahaan mereka yang ingin menjalankan perniagaan, pada waktu yang sama kita juga perlu melihat akan perlukan terdapat peraturan-peraturan dan mengawal lesen rampaian dipatuhi oleh pemohon-pemohon.

Walaupun Yang Berhormat yang mengusulkan mengenai dengan lesen rampaian supaya tidak diadakan kawalan dikeluarkan saja apabila dipohonkan, tetapi kita perlu melihat kepada aspek-aspek keselamatan yang melibatkan kebakaran yang berhubungkait dengan keselesaan orang ramai termasok juga dari segi aspek-aspek kesihatan sepertimana yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, jadi dalam hal ini disamping kita merasakan keperluan untuk melihatkan untuk mempestikan pengeluaran lesen rampaian dilaksanakan dengan seberapa segeranya tetapi kita juga perlu juga melihat kepentingan-kepentingan awam kerana sifat kerajaan itu.

Yang Di-Pertua Dewan bukan hanya melihat kepada keperluan daripada sebahagian mesyarakat tetapi ianya melihat keperluan secara keseluruhan orang ramai keperluan orang ramai di Negara Brunei Darussalam balk mereka yang berusaha ataupun yang merupakan pengguna dan pelanggan kepada perusahaan-perusahaan yang berkenaan. Yang Di-Pertua Dewan mengenai dengan Rancangan Perumahan Negara, Yang Di-Pertua Dewan Kerajaan memang menyedari mengenai dengan masalah-masalah kelambatan dalam penyediaan rumah-rumah dibawah Rancangan Perumahan Negara dan kearah itu pihak Kerajaan sememangnya telah mengambil langkah yang bersesuaian kearah mempastikan perumahan-perumahan dibawah perumahan Negara adalah berjalan lancer dan dapat memenuhi keperluan orang ramai tanpa menyebabkan ramai yang menunggu kearah ini.

Yang Di-Pertua Dewan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telahpun telah membentuk Jawatankuasa Perumahan Negara yang bertujuan untuk mengkaji dan meneliti tentang pemberikan atau penyediaan rumah-rumah dibawah rancangan berkenaan ianya juga dihasratkan untuk mempastikan dapat menyediakan rumah-rumah yang mencukupi di samping untuk mempastikan bahawa di samping rancangan yang berjalan pada masa ini iaitu dalam mana pihak-pihak Kerajaan adalah bertanggung jawab dalam menyediakan rumah-rumah berkenaan, tetapi juga akan kemungkinan bagi melibatkan sektor-sektor swasta untuk terlibat sama dalam memajukan rancangan perumahan Negara di Negara Brunei Darussalam.

Yang Di-Pertua Dewan, menyentuh mengenai dengan pengangguran Yang dipertua dewan sepertimana juga dinyatakan bahawa terdapat lebihkurang 7000 mereka yang mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam ertikata yang lain 7000 itu melibatkan mereka yang sudah mempunyai pekerjaan dan baru untuk mencari pekerjaan Yang Di-Pertua Dewan, jadi dalam ertikata yang sebenar pengangguran di Negara Brunei Darussalam ini bukanlah berjumlah 7000 tetapi sebahagian daripada 7000 yang mendaftar untuk mencari pekerjaan itu Yang Di-Pertua Dewan.

Dan kearah mengatasi masalah pengangguran di Negara Brunei Darussalam, Yang Di-Pertua Dewan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagitu mengambil perhatian yang berat kerana masalah pengangguran ini jika tidak ditangani dengan sempurnanya akan menimbulkan masalah-masalah social dan jugs merupakan bebanan kepada Negara Yang Di-Pertua Dewan. Kearah ini Yang Di-Pertua Dewan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telahpun mengambil langkah-langkah yang bijaksana dan bersesuaian iaitu kearah mengembangkan ekonomi di Negara Brunei Darussalam terutarna sekalia kearah mengembangkan sektor swasta di Negara ini dengan menggalakkan pelaburan-pelaburan masok ke Negara Brunei Darussalam.

Ini dapat kita lihat kepada usaha-usaha yang telah di ambil oleh pihak Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi iaitu untuk menggalakkan pelabur asing masok ke Negara Brunei Darusslam bagi membuat pelaburan-pelaburan yang dapat memberikan peluang-peluang pekerajaan kepada anak-anak tempatan di Negara Brunei Darussalam. Jadi setakat itu sahaja Yang Di-Pertua Dewan hujah-hujah ataupun respon yang saya dapat berikan pada beberapa perkara yang telahpun di usulkan ataupun dibentangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik sebentar tadi, terima kasih Yang Di-Pertua Dewan.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat