B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman

YAM Yang Di-Pertua: Terima kasih ahli Yang Berhormat, saya minta ada lagi silakan.

YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin: Terima kasih Yang Di-Pertua Majiis, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan saranan-saranan dan pandangan-pandangan berhubungan dengan hal ehwal perniagaan, hal ehwal pendidikan, hal ehwal pekerjaan, hal ehwal perkhidmatan dan sebagainya dan sebagainya yang kita dengar sebentar tadi. Walaupun ada seorang di antara mereka mengatakan, mengingatkan supaya pegawai-pegawai Kerajaan yang merasakan pedasnya atu ibarat makan cili terasa pedasnya tetapi sejauh yang mengenai pengangguran dan perkara yang sedemikian itu kalau kitani kan mengatasinya bukanlah semata-mata ungkayah atau upaya kerajaan satu pihak saja dalam dasar-dasar kerajaan.

Pada masa ini kerajaan untuk melihat sektor swasta sebagai rakan partner dalam pembangunaan sabagai rakan dalam pembangunaan setiap kami mendapati setiap sektor atau setiap perkhidmatan di buka setiap sektor pekerajan di buka, perusahan di buka, perindustrian dibuka kitani mendapati sepatutnya dalam teorinya dalam bukunya ialah memberi peluang pekerjaan, cuma dalam praktisnya pekerjaan yang di bukakan itu ialah mendatangkan dengan pekerja-pekerja asing pada masa ini belum ada undang-undang yang mewajibkan Kerajaan meminta mewajibkan kepada pengusaha-pengusaha untuk memberikan pekerjaan semata-mata kepada rakyat. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kepada pengusaha-pengusaha yang menyadari betapa pentingnya pengangguran patut di atas di negara ini, untuk melihat sama perkara ini dengan menyukat sejauh mana mereka berperanan sama.

Yang Di-Pertua Dewan 20 tahun atau Iebih 30 tahun dahulu waktu roti paun mulai dibuat di Brunei ani, masa atu Penghulu Haji Bakar terdapat lesen membuat roti paun, Sungai Kianggeh ini satu perkhidmatan yang baru bagi Brunei. Dan kalau dari segi teorinya untuk memberi pekerjaan kepada anak tempatan, tapi perkhidmatan yang baharu ini memudahkan rakyat, memudahkan orang ramai, memudahkan pengguna ialah diisi peluang-peluang pekerjaan oleh pekerja -pekerja luar negeri. Baiklah kali sebagai permulaan tetapi setahun demi setahun inda jua berkurang pekerjaan orang-orang daripada luar negeri mengendalikan factory ataupun kilang roti paun.

Demikianlah yang terakhir ani ringkas saja ni ah Yang Di-Pertua Dewan, ada lagi satu service perkhidmatan yang memberi kemudahan orang ramai, perkhidmatannya orang car wash membersihkan kerita hampir disapanjang jalan kalau tempat tinggal saya di Jalan Kota Batu, sehingga kalau dari Bandar karumah sekitar 9 batu atau 13 kilometer, tidak kurang 4 car wash garage yang ada. Kalau disambung lagi sampai ka Sungai Buluh tambah barang kali lagi kurang ada 4 jadi 8. Saya sendiri meninjau ketempat yang berkenaan perkhidmatan-ini perkhidmatan yang diperlukan orang-ramai. Sepatutnya memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan ternyata tidak sedemikian is memberikan pekerjaan kepada orang luar.

Ini contoh, roti paun 30 tahun dahulu dan car wash dalam tahun 2000 ani, maka sedemkian itulah yang Di-Pertua Dewan perkara penganguran ini mestilah ditangani bersama bukan samata-mata oleh kerajaan yang karajaan sebagai radiolita pengatur tetapi juga ialah pihak sektor-sektor yang memberikan pekerjaaan yang lain. Soal memilih pekerjaan pada masa ini tidak berbangkit lagi. Perkhidmatan dalam kerajaan division 5, jawatan pembersih Yang Di-Pertua Dewan yang bergaji $445 dipohonkan oleh lepasan-lepasan `0' Level sedang syarat bagi jawatan tersebut ialah tahu menulis dan membaca ertinya bersekolah rendah.

Ini menunjukan mereka bukan terdesak tetapi inilah sudah kenyataan yang dihadapi kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh kita bukan saja oleh pencari-pencari pekerjaan tetapi oleh tetapi juga oleh keseluruhan kita baik kerjaan ataupun orang ramai. Sikap pekerjaan ertinya loyality, memanglah berbeza kalau orang tempatan dengan orang luar negeri, mereka orang luar negeri datang kemari sebagai penyumbangan kepada sebahagian pembangunan kitani, dan kitani memerlukannya janganlah pula sampai ada kata-kata mereka merampas hak. Janganlah sampai sedemikian atu, kitani mengundang mereka sebenarnya, bukan kerajaan semata-mata, kerajaan membolehkan sahaja mereka itu diundang tetapi yagn diundang itu ialah kitani, mereka bukan mrampas hak cuma, cuma mestilah majikan-majikan tahu sedikit bertimbang rasa dalam erti kata, memang anak-anak tempatan ada komitmentnya sebagai tempatan mereka bekeluarga, kalau kebetulan indung bapanya sakit, mereka akan menghantar ke klinik, hospital jadi dengan sendirinya terpaksa menginggalkan pekerjaannya.

Berbeza dengan orang luar siapakan diingaukannya. Jadi kitani mesti mengambil kira perkara-perkara sedemikian ani. Tapi dengan kitani mengambil kira jangan pulang kitani mengatakan kalau kan dibiarkan sedemikin itu bilatakan maju perusahaan ku, mati tia lingkup tia kedai ku. Yang sedemikian itu mestilah ada balance ada perseimbangan. Anak-anak tempatan tidak loyal dengan pekerajaan dengan sektor swasta, kerana mereka kalau diberi pekerjaan, diberikan latihan selepas itu ada pekerjaan dalam kerajaan mereka akan pergi kepada sektor kerajaan, betul kitani inda dapat menahan mereka untuk memperbaiki taraf hidup mereka menambahkan pendapatan mereka.

Kalau sektor swasta mereka mendapat gaji $500.00 plus-plus $700.00 tetapi dengn kalau mereka HND ada jawatan-jawatan yang mereka layak untuk memangang sedemikian dan mereka terpilih untuk dilantik tentulah mereka mendapat $1,900 plus-plus menjadi dua ribu lebih. Dalam hal ani adalah menjadi suatu kenyataan yang patut kitani timbangkan pemikiran kitani ialah bagaimana untuk mengatasi pengauran ani, kedua belah pihak kitani kerajaan kepada orang ramai sektor swasta terutama sekali. Saya bukan mengatakan sektor swasta inda beperanan, sudah mereka berperanan malah ada syarikat-syarikat yang ada pihak-pihak yang menelipun kepada yang berkenaan syarikat atu, ..ahh tolong tauke, tolong tuan ani ada orang memerlukan pekerjaan, dalam lis kebajikan saya, tolong ia hantar tia kearah saya hantar tia ke workshop saya. Dengan sedemikian atu dan dengan sikap yang sedemikian patraiotik inilah kitani kehendaki.

Perkara kedua Yang Di-Pertua Dewan ialah memeranjatkan juga bunyinya walaupun perkara-perkara persekolahan Menteri Pendidikan akan respon, saya percaya dengan adanya peluang ibu bapa yang tidak mempu yang menghantar anak-anak kesekolah lalu anak-anak tidak dapat bersekolah kalau dari segi kerajaan memanglah sudah ada sekolah percuma oleh sebab untuk is nya orang mendapati babanan, tetapi kenyataannya memang untuk bersekolah memerlukan pakaian, memerlukan poket money mungkin memerlukan transport maka hal-hal inilah kitani ucapkan terima kasih perkara ini dibawa ke dalam dewan ini, tetapi mengani keluarga yang susah ini.

Keluarga yang tidak mempu terutama sekali sekali untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah supaya menjamin anak-anak jangan yang ada tercicir peranan itu boleh sama-sama dimainkan selain daripada kerajaan dengan kemudahan-kemudahan yagn sudah ada adalah juga NGO salah satu daripadanya, umpamanya kalau ada berita mengenai kesusuhan keluarga kitani mengucapkan terima kasih kepada media kitani kerana mendadahkan perkara atu tetapi ada kadang kala Yang Dipertua Dewan pendadahan yang begitu exporce ani inda jua balik memaduli kan orang, kalau perkara yang inda baik, dengan ibarat yang anu bebau, katalah bau, lakas ia diaga oleh langau inda sampat kitani menudungi, menutupi.

Jadi usaha-usaha yang sedemikian itu kita alu-alukan disamping atu NGO haruslah sama-sama berperanan, sejauh ini NGO sudahlah berperanan sedemikian, tetapi mereka perlulah lebih fokus kepada bidang-bidang tertentu seperti bidang pendidikan ini. Umpamanya mengatasi masalah kemampuan ibu bapa ini. Dari segi pakaian ada NGO yang berusaha untuk membantu memberkan pakaian kepada anak-anak sekolah kepada peralatan sekolah. Ada NGO yang berbuat sedemikian.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat terlalu panjang Ahli menyampaikan penjelasan.

YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin: Terima Kasih, sekali lagi saya mengucapkan terim kasih. Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat