B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, terima kasih di atas kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga hari ini ialah pada 28 haribulan 9, kita telah berjaya menyempurnakan 3 perkara maka pada hari ialah untuk ucapan-ucapan penangguhan yang telah diberi notis yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, silakan.

YB Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz Bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar: Assalamualaikum warahmatuhi wabarakatuh. Yang Di-Pertua Dewan, Bismillah Hirahman Nirrahim, Alhamdulillah Rabilalamin Wassalatu Wassaiamuala Asyarafil Ambiyai Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa Alaihi Wasabihi Azamain. Yang Di-Pertua Dewan, Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah pada hari ini telah sampai hari ketiga pada waktu yang mana dengan pimpinan Yang Di-Pertua Dewan kita dapat meluluskan sekurang-kurangnya satu usul satu ketetapan iaitu ketetapan mengenai dengan Perlembagaan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan usul pada menyembahkan kasih atas keberangkatan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis ini.

Hari ini, pagi ini Yang Di-Pertua Dewan, saya cadangkan supaya Majlis Mesyuarat Negara ini persidangan majlis ini ditangguhkan buat sementara waktu. Dalam hal ini sebelum kita bersurai sepertimana Iazimnya kebenaran Yang Di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli akan diberikan peluang menyampaikan ucapan-ucapan penangguhan terutama sekali bagi Ahli-Ahli Yang Dilantik, Insya-Allah dan Ahli-Ahli Rasmi di mana diperlukan demikian. Maka Yang Di-Pertua Dewan pada setakat ini saya tidak akan berpanjang lebar tetapi terlebih dahulu mohon kebenaran untuk berucap sekali lagi demikian juga apa Ahli-Ahli dan Ahli-Ahli kepada hujah-hujah yang mungkin yang dihadapkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Yang Dilantik. Sekian.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

YB Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz: Yang Di-Pertua Dewan terima kasih. Alhamdulillah saya bagi pihak Ahli-Ahli di sebelah sini terlebih dahulu sangat-sangat mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat diseberang sana dengan sudinya dengan penuh semangat dan penuh ikhlas mengadakan beberapa kekhuatiran-kekhuatiran, kegelisahan dan pandangan-pandangan yang didapati berlaku dikalangan masyarakat kita pada masa ini dan perkara-perkara ini Yang Di-Pertua Dewan begitu banyak disentuh oleh rakan-rakan saya di sini saya tidak berniat untuk melainkan memperkuatkannya di mana perlu.

Walau bagaimanapun mana-mana pandangan dan hujah-hujah yang dihadapkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang tidak terliputi atau tidak diliputi dengan penuhnya Insya-Allah kita akan bawa, kita akan teliti dan kits akan kaji demi untuk kepentingan bersama, insya Allah. Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan, saya suka izin Yang Di-Pertua Dewan untuk menyentuh secara khusus apa perkara terutama sekali yang berkenaan dengan Kementerian Pendidikan. Misalnya seorang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang perkhidmatan bas 10 tahun diberi lesen, tambah 5 tahun diberi lesen selepas itu tidak diberi lesen.

Yang Di-Pertua Dewan lesen adalah dikeluarkan Kerajaan menurut syarat-syarat yang tertentu antara lain memastikan keselamatan penumpang-penumpangnya terutama sekali anak-anak sekolah, maka walaupun pada mata kasar bas yang sudah 15 tahun itu masih bagus masih baik terutama sekali apabila baru-baru dicat tapi tidak mengetahui dalamnya. Itulah perkara-perkara ini diteliti oleh pejabat-pejabat berkenaan terutama sekali Land Transport yang mempunyai pakar-pakar dan jurutera-jurutera yang mahir untuk mengetahuinya. Itulah satu perkara kiranyalah kita akan melonggarkan perkara seperti ini A'uzubillahi Manzalik.

Kalau sekiranya terjadi sesuatu accident maka masa itu kesal seribu kali pun tidak berguna, jadi sebelum perkara-perkara ini berlaku kita mempunyai kewajipan untuk menjaga keselamatan anak-anak kita terutama sekali anakČanak yang masih muda dibangku sekolah. Kemudian apakah bas yang lama ini boleh dijual keluar negeri itu bukan masalah kita masalah kita eksport itu satu perkara yang lain, apakah Negara-negara jiran itu boleh menerima bas yang sudah 15 tahun atau lebih?

Kita sendiri Yang Di-Pertua Dewan mempunyai dasar kereta-kereta dan bas-bas terlampau lama kita anggap walau apa pun itu adalah satu isu yang bukan di bawah kawalan Negara kita sendiri. Kedua mengenai dengan pendidikan, Alhamdulillah telah dijelaskan oleh antara Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya disebelah sini. Tapi saya ingin menambah sedikit supaya sampai kepada bayangan seolah-olah khidmat yang diberikan oleh Kerajaan itu tidak begitu rapus jadi untuk menjaga bayangan seperti itu.

Yang Di-Pertua Dewan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Di-Pertuan dari dulu lebih lagi sekarang telah meluaskan dan kemudahan dalam pendidikan secara percuma amnya untuk rakyat Negara ini misalannya Sekolah-Sekolah Rendah, Sekolah-Sekolah Menengah, Buku Teks Percuma dan Transport, mengikut peraturan tidak ada dikenakan bayaran-bayaran fees dan seumpamanya. Hasilnya Yang Di-Pertua Dewan telah diakui sebagai salah sebuah Negara yang telah memenuhi ataupun diiktiraf sebagai sebuah Negara yang mempunyai kemudahan education for all nanti. Education for all untuk semua bererti tidak terdapat seseorang penuntut umur 6 tahun pada umur yang sepatutnya bersekolah sebenarnya tidak berada di sekolah.

Alhamdulillah kalau pun ada itu perkara-perkara yang tidak di sedari tetapi kita mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah Negara di wilayah ini telah pencapai peringkat education for all, tapi walau bagaimanapun mungkin barangkali apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu ialah mereka yang telah mencapai GCE '0' Level atau GCE `A' Level tidak berjaya menyambung terus ke peringkat yang lebih tinggi, inipun kalau dulu kita terima mana-mana pelajar yang mempunyai basic education.

Tetapi oleh kerana kita mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan taraf pendidikan itu maka dari tahun ke setahun taraf penerimaan itu terpaksa kita naikan demi untuk menanai taraf pendidikan, mungkin antara mereka ini tidak terpilih tapi tidak mempunyai kemampuan sebagaimana yang dihujahkan antara Yang Berhormat. Kita mempunyai di Kementerian Hal Ehwal Ugama bahagian zakat dan fitrah, zakat dan NGO seperti Yayasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hanya yang peramba memohon supaya perkara-perkara ini timbul.

Peramba lebih berbesar hati dan berterima kasih kiranya dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan demi untuk memelihara dan menyempurnakan perkara yang sedemikian. Selain daripada itu Yang Berhormat, di sini telah juga menghujahkan saya sukacita untuk melebarkan sedikit iaitu menjelaskan manusia-manusianya dan arena-arena yang tertentu yang bersesuaian. Penyediaan manusia-manusia di Brunei ini boleh dikatakan sekarang kita telah mencapai satu peringkat yang dapat diterima sebagai sebanding Negara-negara yang telah maju misalannya (bahasa inggeris) (tidak jelas) mencapai 96 peratus dan ibubapa pada masa ini.

Yang Di-Pertua Dewan boleh dikatakan merata-merata telah sampai kepada form tiga, dulu menulis membaca pun susah sekarang sudah form 3 mencapai form 3 sebagaimana 90 peratus seluruh Negara Brunei Darussalam dan orang yang telah mendapat pendidikan tinggi yakni GCE 0 level 14 peratus daripada jumlah penduduk iaitu lebih daripada 50 ribu diploma, berdegre dan seumpamannya.

Sepertimana yang dihujahkan oleh Yang Berhormat ini tergantunglah kepada yang diberikan pelajaran tahap seperti ini, mencapai tahap yang begitu tinggi untuk menggunakan ilmunya itu untuk berkhidmat kerana Kerajaan di mana-manapun berkewijaban untuk mengembangkan tenaga manusia tapi tidak ada yang ...

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, janganlah kita bawa mana-mana ertinya kita meningkatkan kerajaan sini daripada hal pelajaran tak payah lagi dibanding memadailah kita di Brunei sudah mencapai ketahap yang begitu tinggi. Silakan.

YB Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz: Terima kasih Yang Di-Pertua Dewan, jadi tergantunglah bila manusia itu berilmu tergantunglah bagi mereka bagi mencari mata pencarian yang halal yang diredhai Allah dengan adanya ilmu itu. Namun demikian Yang Di-Pertua Dewan graduan-graduan dari universiti yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat yang dikatakan menganggur mungkin ada sebahagian kecil tetapi 80 peratus dari graduan-graduan UBD adalah diambil sebagai tenaga guru dan lain lagi yang dimasukkan kepada Syarikat Brunei Shell dan lagi banyak kepada Jabatan-Jabatan dan Kementerian-Kementerian yang lain.

Tentulah perkara seperti ini terdapat menjamin seratus peratus tetapi tentulah ada yang sama ada belum dipakai menjadi itu, menjadi ini memilih atau sebagainya itu tentu ada namun demikian kita terus insya-Allah berusaha untuk menangani perkara ini. Mengenai dengan arena-arenanya kita sebagai kerajaan negara ini alhamdulilah dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Setelah mendapat mengujudkan keadaan yang stabil politik ataupun lain-lain kemudahan-kemudahan infrastructure yang cukup, yang lengkap sehingga yang terkini seperti ICT dan seumpamanya maka dengan manusia-manusia yang terlatih infrastructure dan keadaan iklim yang begitu kondusif untuk perkembangan sama-samalah kita menimbulkan projek-projek job oriented projek-projek yang boleh menimbulkan atau mengujudkan mata-mata pencarian demi untuk sama-sama mengatasi masalah-masalah pengangguran di dalam majlis ini.

Yang Di-Pertua Dewan, saya rasa sebanyak sedikit dapat saya hadapkan di dalam majlis ini sekali lagi, saya bagi pihak Ahli-Ahli di sebelah sini mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-Ahii Yang Berhormat di sebelah sana sekiranya ada perkara-perkara yang kurang manis jangan dalam bulan Syaaban ini kita bermaaf-maafan. Kepada Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara ini sendiri saya mengucapkan bagi pihak semua di majlis ini berbanyak-banyak terima kasih atas kepimpinan Yang Di-Pertua Dewan yang bertanggungjawab bagi menjalankan permesyuaratan hari ini dengan lancar, teratur dan dapatlah menyempurnakan tugas-tugas yang begitu penting bagi Negara Brunei Darussalam bukan sahaja buat masa ini bahkan untuk waktu-waktu yang akan datang hinggalah apa yang telah berlaku di majlis ini untuk genarasi yang akan datang. Wabillahit taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

YAM Yang Di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersama kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan hidayah-Nya kita dapat menyempurnakan permesyuaratan yang berlangsung 25 September 2004, 27 September 2004 dan hari ini 28 September 2004. Begitu juga lebih lagi kita menjunjung kasih atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Mulia menitahkan kita sama-sama bersidang pada hari yang balk, sempurna dan bersama-sama menyempurnakan beberapa agenda yang diselesaikan.

Pada pemerhatian saya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu tidaklah terhad sebagaimana yang bicarakan, cakapkan atau bincangkan dalam majlis ini kerana melebihi daripadanya. Selain daripada itu saya ingin menggariskan di dalam perbincangan kita daripada 25 September 2004, 27 September 2004 dan hari ini 28 September 2004 ini, saya lihat walaupun pada mulanya perbincangan-perbincangan yang sudah lama tidak berjalan ada juga kesilapan-kesilapan bertentangan dengan perjalanan peraturan mesyuarat tetapi perkara itu saya fikir bukanlah perkara yang terlalu berat kerana ia lama tidak bersidang tentu sekali kita hamba Allah macam biasa memang kalau kekurangan memang sendirinya ada tapi dalam pemikiran saya atau pemerhatian saya.

Sungguhpun begitu Ahli-Ahli Majlis Yang Berhormat membawakan perbincangan yang begitu tinggi mutunya jika diperhatikan dengan Ahli-Ahli Negeri-Negeri seperti negeri-negeri yang lain belumlah di katakan jauh ketinggalan daripada mereka. Jadi saya sendiri syabas kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas kejayaan menunjukkan sikap yang sedemikan rupa, yang akan menjadi pegangan kepada Ahli-Ahli terutama sekali pandangan daripada genarasi yang muda nanti kemudian.

Jadi dengan demikian tidak melingah-Iingahkan lagi kita pun sudah berbicang 3 hari berturut-turut dan saya percaya tenaga dan fikiran Ahli-Ahli Yang Berhormat tentu sekali. Maka dengan demikian saya tangguhkan mesyuarat ini akan disambung pada satu ketika demikan apabila diberitahu kemudian.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat