B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Haji Ismail

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang diminta Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin mengambil gilirannya.

YAM Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin Bin Pengiran Haji Ismail: Yang Di-Pertua Dewan saya merasa kagum mendapati usaha kerajaan mengadakan kemudahan-kemudahan seperti jalan rays bekalan elektrik dan lain-lain lagi di pendalaman negara kita ini seperti di Ulu Tutung, Temburong dan Belait malangnya sesudah itu jalan-jalan raya terbiar tanpa pemeliharaan menjadikan jalan itu tidak dilimpasi kerana longkang-longkang yang tertutup, air bertakung, rumput rampai panjang demikianlah keadaannya. Saya berharap perkara ini yang bertanggungjawab akan memberi perhatian. Saya juga mengambil perhatian keadaan dalarn bandar, keadaannya dapatlah juga kita katakan memuaskan, bunga-bunga ditanam, kebersihan bandar terjaga malangnya juga kita dapat perhatikan dengan mata yang kasar. Selepas bunga-bunga itu ditanam dengan teratur istemewa dari jalan Lapangan Terbang Antarabangsa juga terbiar, kadang-kadang kita dapat melihat rumput rampai lebih panjang daripada bunga-bunga yang ditanam dengan pebelanjaan yang banyak.

Saya sangat berharap Yang Di-Pertua Dewan akan dapat memberi perhatian. Saya ingin dan jugs berseru kepada mereka janganlah ditafsirkan satu kritik, ianya adalah datang dari hati yang tulus ikhlas, yang ingin melihat negaranya dalam keadaan sempura dan teratur. Sekian terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat