B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang giliran kepada Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking.

YB Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman Bin Uking: Terlebih dahulu saya melalui majlis ini menjunjung kasih setinggi-tingginya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan kerana telah melantik saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Dan sekali lagi menjunjung kasih setingi-tinginya. Perkara yang akan saya bawa dalam majlis ini ialah mengenai hal Bas Sekolah. Bas Sekolah yang disewakan oleh Kementerian Pendidikan. Pada masa ini Bas Sekolah yang digunakan oleh sekolah mengangkut, mengangkut murid-murid sekolah digunakan dalam masa jangka 10 tahun dan di tambah lagi 5 tahun dengan syarat lesennya dihadapkan setiap tahun. Jadi umur yang dibenarkan ialah 15 tahun.

Sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, ianya akan dijadikan sebagai ristaan dan panduan kita bersama. Waktu penubuhan Majlis Mesyuarat Negara ini adalah sudah bertepatan dalam suasana kita menghadapi dunia kini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi serta globalisasi yang penuh dengan cabaran-cabaran. Kita memerlukan insan yang sanggup berjuang, siapakah yang dimaksudkan ini? Meraka ini ialah usahawan-usahawan dan kegiatan mereka dinamakan keusahawanan. Dunia korporat hari ini memerlukan usahawan-usahawan yang berpengetahuan dan mampu bertindak dengan balk dalam apa jua keadaan yang kurang balk.

Sejauh manakah kita akan dapat memahami peranan keusahawaan dalam era globalisasi? laitu memahami kepentingan pasaran global yang beorientasikan ekspot kemahiran teknologi maklumat dengan kerjasama dan persiapan ke arah pelaksanaan kawasan perdagangan bebas Akta 2005 serta pasaran bebas dunia di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2020. Saya kira juga persoalan penting ini yang bermain di minda kita ialah sejauh manakah kesedian usahawan-usahawan kita di Brunei ini akan dapat menghadapi persaingan-persaingan global di bawah Akta WTO dan dunia APEC?

Dunia hari ini sedang berhadapan dengan gelombang perubahan yang secara mendadak serta mengubah landskap ekonomi di sekeliling kita. Pada perubahan ini di jangka akan menjadi semakin hebat di masa yang akan datang, sebagai contoh di masa lampau kemelesitan ekonomi yang telah berlaku pada tahun 1997 yang mana negara kita tidak terkecuali. la melibatkan usahawan-usahawan kita yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana SME (Small Medium Enterprise) dari berbagai-berbagai sektor. Ingin saya merujuk kepada SME di bidang sektor pembinaan.

Kalau dulu kita berbangga dengan pengusaha-pengusaha tempatan lebih-lebih lagi orang lain yang sudah rnencapai kejayaan daiam berbagai-bagai bidang pemborongan konsultan dan sebagainya. Kini telah banyak yang jatuh, apakah langkah-langkah positif yang telah dan akan perlu dibuat untuk memperkembangkan semula pengusaha-pengusaha tempatan SME ini dalam jangka masa pendek mahu dalam masa panjang. Tidak dinafikan pihak Kerajaan telah memberikan perhatian yang sewajarnya, hanya dipohonkan ianya akan dapat diperkuatkan dan pertingkatkan lagi sebagai misalnya kemudahan kewangan, misalnya `excess finance' yang menjadi masalah kepada pengusaha-pengusaha pada masa ini dan berbagai-bagai lagi caranya.

Boleh dikatakan lebih daripada 90% daripada pengusaha-pengusaha di Brunei adalah daiam kategori SME jadinya SME adalah penting dalam apa jua sektor pun. ianya adalah nadi penggerak kemajuan ekonomi negara ini, usaha dan langkah-langkah yang serius dan efektif perlu diambil di bidang ini oleh pihak-pihak yang berkenaan setentunya perlu untuk menghasilkan usahawan-usahawan yang berjaya untuk kebaikan negara kita, contohnya katau dapat kita create 5 orang matinana pada tahun ini mungkin mereka akan create lagi satu persatu dijadikan 10 dan seterusnya menjadikan 20 dan seterusnya.

Bukankah perkembangan ini akan memberikan kita petuang-petuang bisnes yang lebih berkembang dengan balk malahan akan memberikan petuang-petuang yang begitu banyak kepada rakyat dan penduduk negara ini. Lebih-lebih lagi dalam petuang pekerjaaan sepertimana yang dibawakan oteh Ahti-Ahti Yang Berhormat tadi, Majlis Mesyurat Yang Berhormat tadi tentang masalah pengangguran, banyak contoh-contoh yang dapat digambarkan.

Kalau boleh kita create banyak lagi pengusaha-pengusaha atau usahawan-usahawan yang berkelibar dengan berkemampuan, contohnya seperi Yang Dimuliakan Dato Hafidz misalnya, yang sudah ada keupayaan untuk bersaing di dunia global. Di samping itu saya menyerukan juga kepada usahaČusaha tempatan dalam mempertahankan ekonomi moden ini.

Disamping itu saya juga ingin menyeru kepada usahaan-usahaan tempatan kalau mahu bertahan dalam ekonomi moden ini usahaan-usahaan memerlukan pendekatan dan startegik baru dan bertujuan dan yang boleh mengekalkan ketahanan dalam kemajuan dalam jangka masa yang panjang iaitu Sistem Liability. Sekian Yang Di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat