B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Haji Idris bin Haji Abas

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang giliran kepada Ahli Yang Berhormat Awang. Haji Idris bin Haji Abas.

YB Haji Idris Bin Haji Abas: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih ke atas peluang diberikan kepada saya dalam memberikan ucapan penangguhan. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu VVataala clan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas titah perintah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melantik saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Insya-Allah saya akan sedaya upaya berkhidmat dengan taat dan setia, saya sangat percaya rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sangat-sangatlah mengalu-alukan akan penubuhan semula Majlis Mesyuarat Negara ini, dapatlah kiranya meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam usaha kita membangunan Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini sebagai Ahli Majlis. la adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertabatkan Majlis Mesyuarat Negara sebagai satu institusi yang di hormati lagi digalati serta akan boleh berfungsi sebagai institusi sebagai forum perbincangan dan permuafakatan yang tanpa menimbulkan suasana perbelahan dan permusuhan untuk kepentingan rakyat dan penduduk negara ini.

Sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, ianya akan dijadikan sebagai ristaan dan panduan kita bersama. Waktu penubuhan Majlis Mesyuarat Negara ini adalah sudah bertepatan dalam suasana kita menghadapi dunia kini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi serta globalisasi yang penuh dengan cabaran-cabaran. Kita memerlukan insan yang sanggup berjuang, siapakah yang dimaksudkan ini? Meraka ini ialah usahawan-usahawan dan kegiatan mereka dinamakan keusahawanan. Dunia korporat hari ini memerlukan usahawan-usahawan yang berpengetahuan dan mampu bertindak dengan balk dalam apa jua keadaan yang kurang balk.

Sejauh manakah kita akan dapat memahami peranan keusahawaan dalam era globalisasi? laitu memahami kepentingan pasaran global yang beorientasikan ekspot kemahiran teknologi maklumat dengan kerjasama dan persiapan ke arah pelaksanaan kawasan perdagangan bebas Akta 2005 serta pasaran bebas dunia di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2020. Saya kira juga persoalan penting ini yang bermain di minda kita ialah sejauh manakah kesedian usahawan-usahawan kita di Brunei ini akan dapat menghadapi persaingan-persaingan global di bawah Akta WTO dan dunia APEC?

Dunia hari ini sedang berhadapan dengan gelombang perubahan yang secara mendadak serta mengubah landskap ekonomi di sekeliling kita. Pada perubahan ini di jangka akan menjadi semakin hebat di masa yang akan datang, sebagai contoh di masa lampau kemelesitan ekonomi yang telah berlaku pada tahun 1997 yang mana negara kita tidak terkecuali. la melibatkan usahawan-usahawan kita yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana SME (Small Medium Enterprise) dari berbagai-berbagai sektor. Ingin saya merujuk kepada SME di bidang sektor pembinaan.

Kalau dulu kita berbangga dengan pengusaha-pengusaha tempatan lebih-lebih lagi orang lain yang sudah mencapai kejayaan dalam berbagai-bagai bidang pemborongan konsultan dan sebagainya. Kini telah banyak yang jatuh, apakah langkah-langkah positif yang telah dan akan perlu dibuat untuk memperkembangkan semula pengusaha-pengusaha tempatan SME ini dalam jangka masa pendek mahu dalam masa panjang. Tidak dinafikan pihak Kerajaan telah memberikan perhatian yang sewajarnya, hanya dipohonkan ianya akan dapat diperkuatkan dan pertingkatkan lagi sebagai misalnya kemudahan kewangan, misalnya `excess finance' yang menjadi masalah kepada pengusaha-pengusaha pada masa ini dan berbagai-bagai lagi caranya.

Boleh dikatakan lebih daripada 90% daripada pengusaha-pengusaha di Brunei adalah dalam kategori SME jadinya SME adalah penting dalam apa jua sektor pun. lanya adalah nadi penggerak kemajuan ekonomi negara ini, usaha dan langkah-langkah yang serius dan efektif perlu diambil di bidang ini oleh pihak-pihak yang berkenaan setentunya perlu untuk menghasilkan usahawan-usahawan yang berjaya untuk kebaikan negara kita, contohnya kalau dapat kita create 5 orang malinana pada tahun ini mungkin mereka akan create lagi satu persatu dijadikan 10 dan seterusnya menjadikan 20 dan seterusnya.

Bukankah perkembangan ini akan memberikan kita peluang-peluang bisnes yang lebih berkembang dengan baik malahan akan memberikan peluang-peluang yang begitu banyak kepada rakyat dan penduduk negara ini. Lebih-Iebih lagi dalam peluang pekerjaaan sepertimana yang dibawakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi, Majlis Mesyurat Yang Berhormat tadi tentang masalah pengangguran, banyak contoh-contoh yang dapat digambarkan.

Kalau boleh kita create banyak lagi pengusaha-pengusaha atau usahawan-usahawan yang berkelibar dengan berkemampuan, contohnya seperi Yang Dimuliakan Dato Hafidz misalnya, yang sudah ada keupayaan untuk bersaing di dunia global. Di samping itu saya menyerukan juga kepada usahaČusaha tempatan dalam mempertahankan ekonomi moden ini.

Disamping itu saya juga ingin menyeru kepada usahaan-usahaan tempatan kalau mahu bertahan dalam ekonomi moden ini usahaan-usahaan memerlukan pendekatan dan startegik baru dan bertujuan dan yang boleh mengekalkan ketahanan dalam kemajuan dalam jangka masa yang panjang iaitu Sistem Liability. Sekian Yang Di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat