B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Yunos bin Haji Mohd Noh

YAM Yang Di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang beredar ucapan penangguhan maka saya ingin memberi peluang Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lebih memberikan ucapan 10 minit. Ahli-Ahli Yang Berhormat maka dengan saya itu mendahulukan dan yang kedua ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Yunos bin Mohd Noh. Dipersilakan.

YB Dato Paduka Haji Yunos Bin Mohd Noh: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, salah sate tugas utama pihak Kerajaan ialah menyediakan perumahan bagi penduduk. Alhamdulillah, sejak 60an pihak kerajaan Kebawah Dull Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengagih beberapa Skim Perumahan seperti Rancangan Kemajuan Perumahan Negara, Skim Kurnia Rakyat Jati, Pengeranan Tanah Tumpang Sementara, Skim Tumpang Sementara Tanah Kerajaan Pengeranana Tanah Bahagian II.

Tapak-tapak tanah yang disediakan antara lain ialah Lambak Kanan dan Lambak Kiri, Tanah Jambu, Pandan, Rataie, Bukit Beruang dan Lorong 3 Seria dan kawasan-kawasan yang terawal sekali ialah kawasan seperti Kampong Burung Pingai, Tanjung Bunut, Kampong Anggerek, Kampong Delima I, dan Pancha Delima.

Alhamdullillah, skim yang ada berjalan telah menepati kehendak tersebut tetapi mempunyai kekurangan-kekurangan dalam penyediaannya antara lain tapak dan rumah-rumah yang dapat disediakan tidak menyokong orang-orang di perkenankan mengikuti skim-skim tersebut, tinggallah menunggu bertahun-tahun lamanya itu pemohon yang menunggu dianggarkan belasan ribuan lamanya itupun bagi yang layak sahaja.

Tapak-tapak atau rumah-rumah yang disediakan tidak mencukupi permohonan yang diterima dari setahun ke setahun mungkin meningkat tempat yang tapak untuk kerja-kerja tanah dan penyediaan infrastruktur. Peruntukan yang disediakan adalah minima yang ada sekarang menjejaskan Untuk memperbaiki lagi rancangan-rancangan yang sekarang saya ingin mencadangkan seperti berikut:

1. Melibatkan pihak swasata ikut serta dalam Skim Perumahan. Pihak Swasta berkenaan semestinya mempunyai kepakaran dan mampuan dari sari kewangan dan lainnya. Ini sudah tentu dapat memperbanyakkan penyediaan rumah permohonan yang telah diperkenankan bagi perkara ini dapat di laksanakan mesti ada seperti berikut:-

Kawasan-kawasan perumahan perlulah hendaklah dikenalpasti dan disediakan. Insfrastruktur hendaklah juga disedakan. Pemaju-maju yang mempunyai kepakaran dan kemampuan hendaklah dikenalpasti dan didaftar. Antara lain kelayakan-kelayakan mestilah ada penyertaan .... Mesti ada peraturan-peraturan tertentu bagi menjaga kepentingan kerajaan dan pembeli. Pemaju mesti mempunyi Skim Bank Swasta. Selain dari pihak pemaju, penyediaan rumah untuk pemohon yang diperkenankan. Pihak pemaju juga dibenarkan menjual sebahagian daripada rumah-rumah berkenaan kepada orang awal yang lain.

Pihak pemaju juga dibenarkan memajukan skim area untuk untuk mendapatkan kembali sebahagian kawasan Perumahan dari penjual kedai tersebut. Undang-undang tanah juga perlu disesuaikan untuk memudahkan Skim Perumahan berjalan dengan licin. Semua Bank di Negara Brunei Darussalam hendaklah menyediakan Perumahan menyediakan perumahan mengikut kadar faedah kerajaan.

Skim penempatan semula pengeranan tanah lesen tumpang sementara hendaklah diperbanyakkan bagi kerana ianya tidak memerlukan peruntukan yang besar. Memperbanyakan racangan perumahan seperti Kampong Anggerak Desa, Kampong Delima I, Kampong Pulaie dan Kampong Pancha Delima. Semasa perlasanaan kawasan-kawasan perumahan di Kampong Anggerek Desa dan Kampong Pancha Delima walaupun pada awalnya bagi kawasan sebuah rumah dan pertanian dan skim ini diberikan seluas 2 ekar tapi is mempunyai pandangan yang kehadapan.

Yang mana pada ketika ini digunakan tanah ini di bahagi-bahagi kepada pemohon dan .... Untuk anak-anaknya ini menyokong fungsi perkampongan di antara keluarga yang mana ada diantara rancangan perumahan, ianya terpaksa memindah ahli-ahli keluarga ketempat-tempat yang lain, jadinya seperti rancangan perumahan tadi ianya dikekalkan kekeluargaan dalam cadangan-cadangan yang saya hadapkan tadi saya percaya. insya-Allah akan dapat mempercepatkan lagi rancangan penyediaan tapak-tapak perumahan dalam Rancangan Kemajuan-Kemajuan Perumahan Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai. Itu sahaja Yang Di-Pertua Dewan yang dapat dapat hadapakan. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat