B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Haji Tudin

YAM Yang Di-Pertua: Sekarang giliran YB Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin dipersilakan.

YB Dato Paduka Awang Haji Puasa: Terima kasih Yang Di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bismillah hirraman nirahim, pertama kali saya ingin cadangkan supaya peraturan mesyuarat yang diberikan kepada saya iaitu itu satu set copy salinannya akan dapat di cetak semula, kerana peraturan mesyuarat ini dibuat dalam tahun 1959 kerana semua terasul-terasulnya nampaknya tidak lagi bersesuaian.

Sekarang saya beralih kepada ucapan penagguhan saya dalam majlis ini. Disini saya ingin mengemukakan dua perkara dalam ucapan penangguhan ini yang pertama:

1. Mengenai dengan pengangguran.

2. Mengenai dengan perbedzaan kemudahan-kemudahan yang terdapat dikawasan skim-skim

perumahan Negara sepenuhnya berbanding dengan yang terdapat diperkampongan luar Bandar.

Mengenai dengan Pengangguran masalah pengangguran ini adalah masalah universal yang dialamai disemua Negara di dunia termasuk Negara maju dan kaya apa tah lagi Negara-Negara miskin. Negara Brunei Darussalama tidak terkecuali dari masalah ini, menurut Buku Perangkaan Tahunan 2003, sejumlah 7687 orang telah mendaftar diri untuk memohon kerja dan dari jumlah ini sebanyak 3053 orang lelaki dan 4634 orang perempuan. Jumlah ini adalah orang-orang yang mendaftarkan diri sahaja dan mungkin ada lagi yang tidak mendaftarkan diri, selain daripada itu banyak lagi lepasan universiti dan sekolah¬sekolah menengah dan berhenti sekolah kerana terpaksa dan kerana kemahuan mereka sendiri yang menjadikan jumlah pengangguran yang lebih tinggi yang tidak diketahui.

Ada diantara pemohon-pemohon kerja ini yang memohon kerja ada yang tidak memilih kerja. Meraka yang tidak memilih kerja ini mungkin mereka yang tidak terdesak dan terpaksa mencari kerja kerana keadaan ekonomi keluarga mereka terdesak. Kategori yang kedua ini pada pendapat saya haruslah dibantu dan di utamakan, saya menyedari masalah pengangguran ini bukanlah masalah pengangguran bukanlah masalah yang mudah untuk diatasi, tetapi ianya adalah masalah yang sukar dan rumit untuk diatasi saya menyedari pihak Kerajaan telah dan sedang mengambil tindakan untuk mengurangkan pengangguran ini. Tetapai pada masa ini dalam perhatian saya belum bagi berkesan, saya kurang tahu apakah usaha-usaha atau tindakan yang sedang dijalankan pada masa ini dan sejauh manakah hasil-hasil usaha itu telah dicapai.

Pengangguran ini adalah masalah serius yang harus ditangani dengan penuh komitmen dan berterusan bagi menghindarkan perkara-perkara yang tiak diingini terjadi, seseorang yang lapar dan terdesak, sempit hidupnya akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya dari penderitan yang dihadapinya, saya berpendapat salah satu untuk menangani masalah pengangguran ini ialah dengan melibatkan semua lapisan masyarakat untuk memberikan kerjasama yang tulus ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini.

Perkara yang kedua yang Di-Pertua yang ingin saya kemukakan dalam ucapan penangguhan ini ialah mengenai dengan kemudahan-kemudahan kampong-kampong yang berbanding dengan yang terdapat dikawasan skim-skim perumahan Negara. Dalam hubungan ini saya bersyukur kehadarat Allah Subanahu Wattala kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dapat memberikan kemudahan-kemudahan bagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah dan penduduk-penduduk dari kampong air yang ingin berpindah kedarat diberikan tanah secara percuma dan dibuatkan rumah yang bersesuai dengan kemampuan mereka untuk membayar balik harga rumah menurut syarat-syarat yang difikirkan tidak membebankan. Skim ini dan Skim Kurnia Tanah Rakyat Jati adalah skim-skim yang unik dan sangat-sangat terpuji yang tidak ada terdapat dinegara-negara lain, skim-skim ini dapat di nikmati oleh rakyat dan penduduk yang terlibat dalam skim-skim tersebut.

Dengan adanya rakyat dan penduduk yang dulunya susah mendapatkan tanah bagi membina rumah tidak lagi ada masalah, dan berbagai-bagai kemudahan lain telah di sediakan dan di berikan dalam kawasan skim perumahan-perumahan ini secara berperancangan dan kesemuanya dihasaratkan kemudahan keselesaan dan kesenangan dan keselamatan penduduk-penduduk di bawah skim ini di samping itu kita bersyukur di atas adanya kemudahan-kemudahan yang terdapat di Skim-Skim Perumahan Negara ini. Saya dengar-dengar suara-suara dari penduduk-penduduk luar Bandar dan beberapa kawasan-kawasan di negara ini, iaitu alangkah baiknya sekiranya kemudahan-kemudahan yang terdapat atau yang di berikan di kawasan-kawasan skim-skim perumahan Negara itu sama-sama dilaratkan atau diampit-ampit dikawasan perkampongan mereka.

Dalam hubungan ini saya memohon supaya pihak kerajaan supaya dapat berusaha untuk mengimbangkan perbezaan kemudahan-kemudahan yang terdapat dikampong-kampong luar Bandar dengan apa yang terdapat Skim-Skim Perumahan Negara sekedar yang patut dan bersesuaian. Sekian, yang Di-Pertuan. Terima kasih.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat