B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


HANSARD REPORT
Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli

YB Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi: Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh, Yang Di-Pertua terima kasih kerana membenarkan saya untuk menjawab apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang tadi yang di sebutkan yang dihujahkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi pagi hari ini, mengenai dengan ada ahli yang berhormat mencadangkan undang-undang tanah disesuaikan dan ada juga seorang lagi Ahli Yang Berhormat mengatakan undang-undang tanah yakni landlord sudah lama dan patut dibuat yang baru barangkali maksudnya itu.

Yang Di-Pertua, kesian jua Yang Berhormat tadi menyebutkan perlu undang-undang tanah perlu inda sempat mengubahnya membaikinya semasa ianya sebagai Pesuruhjaya Tanah, ok bukan pulang tujuannya menyindirnya menjadi ketua cuma seperti yang telah dihujahkan Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pg Haji Mohd Yusof tadi kita sebagai ahli adalah bermuafakat, sesama sendiri berunding, bersemangat secara menunjukkan majlis ini majlis yang terhormat dan says tertarik dengan cili yang nya tadi atu, atu cili kalau siapa yang makan pedas, pedas tah to tapi iatah menunjukkan semangat muafakat walaupun ada setengah ahli disini berani makan cili yang pedas atu tetapi inda sampai memakan orang yang memberi cili atu tadi.

Jadi mengenai dengan undang-undang tanah sudah disahkan pada masa ini, seperti yang says katakan tadi, undang-undang tanah itu begitu lama yang herannya mengapa begitu lama inda di anu ah diselesaikan walau bagaimanapun memang ah undang-undang tanah bukannya sanang perkara yang susah harus difikirkan polisi-polisinya, kemungkinan barangkali is lama inda diubah sebab semua orang puas hati pasal atu is inda dibaiki dulu-dulu atu ah.

Sebab udang-undang tanah itu pun sejak dari tahun berapa dari 1920 kah berapa kah hamba pun kurang ingat bila is digubal jadi pada masa ini Yang Di-Pertua kami Pejabat Peguam Negara telah berunding dengan Pejabat Tanah dan tiap-tiap minggu Yang Di-Pertua. Kami ada berjumpa tiap-tiap minggu sekali sehari, Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Tanah pun ada kerja lain jua yang difikirkan bukan pasal tanah saja dan Insya-Allah dalam usaha tersebut akan difikirkan apa patut dibuat mengenai dengan undang-undang yang berkaitan dengan tanah, perlu juga diambil perhatian, kami Pejabat Peguam Negara boleh membuat Undang-Undang tetapi polisi-polisi yang berkaitan dengan tanah itu hendaklah diselesaikan oleh Jabatan dan Kementerian yang berkaitan bukan Pejabat Peguam Negara yang memikirkan polisi boleh pulang mencadangkan barangkali tetapi untuk memberi keputusan kementerian-kementerian yang berkaitan. Insya-Allah akan berusaha sesama sendiri secara bermuafakat menyelesaikannya.

Ada jua tadi Ahli Berhormat yang mengatakan syarat-syarat tanah, berkaitan dengan tanah tadi to sama jua jawapannya itu akan difikirkan dan Kementerian-Kementerian yang berkaitan harus memikirkannya jua. Mengenai dengan standing order yang ditegur oleh Yang Berhormat iaitu peraturan mesyuarat bagi Majlis Mesyuarat Negeri, Insya-Allah dengan kebenaran Yang Di-Pertua dan Jurutulis perkara ini boleh di update bahasanya barangkali bahasanya masih bahasa lama samaada patut dipinda. Kami akan melihat keadaan barangkali sebab apa kitani baru saja bermula, baik jua kali belajar dari pengalaman, apa masalah-masalahnya akan dipinda terus pindaan karang inda dapat di pakai dan ingin jua saya ambil perhatian di peraturan 38.

Ada mengatakan jika peruntukan di dalam standing order inda mencukupi boleh praktis dan prosedur yang dipakai diparlimen boleh dipakai jadi kitani barangkali tertakluk kepada pendapat Yang Di-Pertua dan Jurutulis nanti inda tarus-tarus meminda, apa yang tidak mencukupi atu ada peruntukan yang boleh menambah dengan secara automatis jika sekiranya kurang. Apabila dipakai di negara-negara lain seperti di United Kingdom yang sudah lama menjalankan majlis mesyuarat yang ada pada masa ani. Mengenai dengan ada di sebutkan Yang Berhormat yang mengatakan undang-undang sudah dijawab tadi, seperti Yang Di-Pertua sudah nasihatkan tadi inda payah batik-batik, sudah diterangkan sudah digubalkan undang-undang atu cumakan difikirkan saja lagi.

Dan yang terakhirnya barangkali mengenai dengan ambulan chasing, siapa tadi Yang Ahli Berhormat yang ada menagur cuma pada pendapat mengenai dengan ada yang disebutkan tadi Yang Berhormat yang mengatakan undang-undang insuran sudah di jawab tadi. Yang Di-Pertua nasihatkan tadi inda payah batik-batik sudah di terangkan dan sudah digubal undang-undang itu cuma difikirkan lagi dan akhir mengenai dengan ambulance chasing tadi Yang Berhormat yang ada menegur. Cuma pada pendapat saya cara individu ambulance chasing ini barangkali memberi perkhidmatan kepada orang yang sudah lawyer menunggu inda payah dicari-cari buku siapa lawyer yang akan boleh, is sudah bersedia di hospital kali ah.

Tapi barangkali setengah orang ramai memikirkan perkara inda bisai kali di hospital menunggu menanyakan lawyer kami boleh membuat, claim apakah. Mungkin ada yang berpendapat macam atu, walau bagaimana pun seperti yang di nasihat oleh Yang Di-Pertua tadi kalau siapa yang tidak puas hati is boleh menulis surat kepada Chief Justice kah Peguam Negara untuk menelitinya kalau kelakuannya atu inda bisai dan pada masa ani ada jua sudah badan guaman.

Ada undang-undang yang sudah di buat untuk mengadakan badan guaman yang akan bertanggungjawab mengenai disiplin lawyer-lawyer kitani pada masa ani. Kalau sekirannya orang ramai tidak puas hati, orang ramai boleh menulis surat kepada badan guaman ani. Hanya masa ani masih lagi akan diusai badan ani barn saja undang-undangnya baru saja slap, diorang ahli-ahli masih dalam proses mengadakan badan guaman atu.

YAM Yang Di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, berapa lama lagi kan?

YB Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi: Penghabisan Yang Di-Pertua penghabisan sekali kalau inda puas hati boleh menulis kepada Peguam Negara atau Chief Justice, terima kasih Yang Di-Pertua.

(c) Dewan Majlis Mesyuarat