B R U N E I   r e s o u r c e sTM


++   Home   |   Brunei Intoduction   |   Brunei Government and Civil Service   |   Brunei Web Links   |   Brunei Policy Papers   ++


Ucapan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Ser Lela Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Rahman,
Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Pesta Pertanian dan Makanan Brunei 2005 - Agri-Food Brunei 2005
Kawasan Padi Wasan, Jalan Mulaut, 3 Mac 2005

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, keluarga serta para sahabat dan juga pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala keran adengan limpah rahmat-Nya dan hidayah-Nya juga, kita semua pada ini dapat berkumpul di Majlis Pembukaan Rasmi Pesta Pertanian dan Makanan Brunei 2005 ini.

Tema 'Agribisnis Penjana Pertumbuhan Ekonomi' bagi Pesta Pertanian dan Makan Brunei yang diadakan buat kali kedua ini memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh agribisnis dalam perekonomian negara.

Industri pertanian domestik, pada keseluruhannya di beberapa tahun ini telah memperlihatkan perkembangan yang positif yang boleh dibanggakan. Kini, perkembangannya bukan hanya tertumpu kepada aspek pengeluaran dan pemerosesan, malahan kini meluas kepada penyediaan operasi-operasi pengeluaran ladang.

Apa yang pasti, tren pertumbuhan ini merupakan petanda bahawa industri pertanian negara mempunyai potensi yang dapat menjanjikan pulangan yang besar kepada mereka yang menceburinya.

Keupayaan industri pertanian negara untuk terus wujud dan berkembang maju memerlukan suasana persekitaran yang kondusif. Sehubungan dengan ini, kerjasama rapat dan komitmen yang bersepadu dari pihak pengusaha-pengusaha, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mahupun kumpulan-kumplan yang berkepentingan dalam industri ini adalah menjadi tuntutan ke arah mencapai maksud tersebut. Insya'Allah, dengan usaha sama padu yang sedemikian, apa jua usaha yang diungkayahkan itu akan dapat membuahkan hasil yang diidam-idamkan.

Ke arah merealisasikan matlamat mempelbagaikan ekonomi negara melalui pembangunan industri pertanian yang kompetitif dan berdaya tahan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama melalui Jabatan Pertanian akan terus memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada pengusaha-pengusaha. Adalah menjadi kewajipan Jabatan Pertanian untuk memastikan apa jua bantuan yang disediakan itu akan benar-benar berfaedah dan dioptimakan penggunaan sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha sendiri.

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah responsif kepada perkembangan semasa industri pertanian domestik, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menyedari akan pentingnya peranan yang dimainkan oleh teknologi pertanian di dalam mempertingkatkan pertumbuhannya.

Sebagaimana jua kita semua sedia maklum, teknologi merupakan satu kemestian di dalam apa jua perkara yang kita lakukan dan sumbangannya yang penuh bermakna itu telah mencorak gaya kehidupan seharian kita.

Untuk itu, industri pertanian tidaklah terkecuali dari tuntutan peranan yang dimainkan oleh teknologi terutama di dalam meningkatkan pengeluaran produk-produk berasaskan pertanian. Seperti jua yang sudah terbukti, teknologi yang diguna pakai telah berjaya menghasilkan kemanfaatan kepada manusia sejagat terutama dalam aspek sekuriti permakanan.

Industri-industri pertanian di negara-negara maju yang melibatkan pengunaan teknologi-teknologi pertanian telah membantu meletakkan produk-produk pertanian mereka untuk terus bertapak dalam pasaran global. Berpandukan dari pengalaman dan kemanfaatan yang diperolehi oleh industri-industri berkenaan, teknologi telah dapat mempertingkatkan produktiviti dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan industri pertanian yang serba kompetitif dan berdaya tahan di negara-negara maju tersebut.

Oleh yang demikian, bersesuaian dengan pertumbuhan industri pertanian negara, Jabatan Pertanian akan terus giat di dalam mengambil langkah penyerapan teknologi-teknologi yang terbukti ke arah membantu mempertingkatkan kedayaupayaan pengeluaran produk-produk berasaskan pertanian dan domestik.

Jabatan Pertanian menyedari bahawa penggunaan teknologi hendaklah sentiasa diseimbangi dan dikawal supaya ianya tidak akan menggugat ekosistem dan seterusnya akan dapat memelihara kewujudan jangka panjang perusahaan-perusahaan pertanian. Ke arah memenuhi tuntutan ini, beberapa perkara harus diperkirakan yang antara lainya seperti mempunyai kapasiti sumber manusia yang berkeupayaan, melaksana pengamalan kaedah-kaedah perniagaan yang terbaik (good business practice) dan juga pengurusan alam sekitar yang terbaik.

Menyentuh mengenai dengan kapasiti sumber tenaga manusia, Jabatan Pertanian dalam hubungan ini telah dan sedang mengambil langkah di dalam memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai dan kakitangannya dengan ilmu pengetahuan dan juga seterusnya berusaha meningkatkan kepakaran dalam teknologi-teknologi pertanian.

Salah satu daripada usaha yang dimaksudkan di sini adalah inisiatif program perolehan kepakaran (outsourcing of expertise) dari beberapa buah organisasi antarabangsa yang diiktiraf.

Barang setentunya, peralihan teknologi diperoleh itu nanti akan disalurkan kepada pengusaha-pengusaha dengan hasrat ianya akan digunakan sepenuhnya dan berhasil meningkatkan produktiviti perusahaan-perusahaan pertanian negara.

Persekitaran dan perekonomian negara yang mantap dengan iringan usaha-usaha yang gigih, komited dan bersepadu dari semua lapisan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan dalam industri pertanian adalah salah satu daripada faktor

Sekian, wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


(c) Pehin Rahman